Isnin, 6 Julai 2020

BERKHALWAT 111






BERKHALWAT
HARI INI SENIN 6/7/2020
KITA MASUK KE HARI
111
BERKHALWAT
NUMBO CANTIK
TAPI TAK CUKUP
UNTUK ABAM JADI PM
SAPA KAKI NUMBO
BOLEH CUBA NASIB
MACAM ABAM
TIPU NUMBO
PADA MAT SABU

GUA  MASUK HOKKIEN
MATAHARI TAK KELUAR
KUALA LUMPUR KELAM
HUJAN PETANG 
BAWA CUACA MALAP

OKESTRA 
TAK RANCAK 
MUNGKIN KERANA KELAM

GUA NAMPAK 
TEMPUA SEDANG MEMBANGUN
PAGI PAGI DAH MULA
BERKERJA
GUA KIRA DAH ADA
4 BUAH TAMAN
DAN 10 BUAH BUNGLO
DAH DI DIRIKAN
TAPI GUA RISAU
ADA ORANG AKAN CURI

MINGGU LALU
GUA PERGI CHOW KIT
GUA BELI ROKOK RESDUNG
DI KEDAI UBATAN MELAYU
DALAM KEDAI INI
GUA TERNAMPAK
SARANG TEMPUA 
BERGANTUNGAN UNTUK DIJUAL
ANTARA 10 KE 15 RINGGIT

ADUH!
BAYANGKAN RUMAH
KITA KENA RAMPAS
KEMUDIAN DIJUAL

KITA  TIDAK AKAN KECEWA
KERANA SEMUA PEKARA 
TAK TETAP ALIH BERALIH
TETAP UBAH BERUBAH
KITA  HAYA AKAN KECEWA GILA
BILA KITA ANGGAP
SEMUA TAK AKAN BERUBAH

ITU PASAL BILA AWEK CABUT
ADA MAMAT JADI
FRUS MENONGGENG

JANGAN MARAHLAH
PADA ORANG YANG
MEMBAWA KEBENARAN
WALAU PUN KEBENARAN ITU
MENYAKITKAN  HATI

JADI
JANGAN SEGAN NAK TUNJUK
KITA LEMAH
KALAU SEGAN  NAK TUNJUK
KITA LEMAH
MAKNANYA KITA 
BETUL LEMAH
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

BERUBAH

TIDAK BEU GILAINGAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan