KHALWAT 113
RABU 8/7/2020
MASUK KE HARI 113
BERKHALWAT
INI ANGKA MAJIK
KUMPULAN SIAPA
DAPAT 113 MP
BOLEH TUBUH KERAJAAN
TAPI
AMAT BAHAYA
KERANA MAJORITI SORANG
DALAM AMALAN
POLITIK MALAYSIA
SORANG MP INI
AKAN DIJUAL
SENANG DIBELI
KHALAS
PAGI INI KWANTUNG MALAP
MATAHARI DIBALUTI AWAN
KUALA LUMPUR BERKABUS
BANGUNAN TINGGI
DI SELIMUTI AWAN
RUMPUT DAN JALAN BASAH
OKESTRA UNGGAS
TAK BERMAIN
YANG GUMBIRA
HANYA MURAI
TAPI
PROJEK BUNGLO
TERUS BEJALAN
GUA NAMPAK
PEKERJA SIBUK
CHIP CHIP CHIP
SAMBIL MULUT
MENGANYAM RUMPUT
DALAM HIDUP INI
LAGI LAMA KITA BEGELUMANG
DALAM WILAYAH KACAU
MAKA
LAGI LUAS KEWUJUDAN
WILAYAH SELESA
YANG AKAN DITUAI
KEJAYAAN KITA YANG HAKIKI
IALAH MENGAJAR DIRI
UNTUK DAPAT
MENERIMA YANG PERIT
SEBAGAI
ENJOY DE MENJOY
KETIKA MENYERANG MUSUH
JANGAN FIKIRKAN
APA AKAN TERJADI
TAPI
BERI PUKULAN TERHANDAL
HIDUP INI
SAMA MACAM PERANG
TIDAK SEMUA BERLAKU
SAPERTI YANG DIHARAP
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan