Sabtu, 11 Julai 2020

BERKHALWAT KE HARI 116








KHALWAT 116
SABTU 11/7/2020
MASUK HARI KE 116
KITA BERKHALWAT
ANGKA INI 
UNTUK MANA MANA
KERAJAAN 
UNTUK MUHYIDDIN
UNTUK MADEY
MASIH BAHAYA
KERANA YB BOLEH DIBELI

PAGI INI DI HOKKIEN
AGAK SENYAP
YANG BISING HANYA CENGERIK
MUNGKIN MENGGALI LUBANG
TANAH DAH JADI LEMBUT
KERANA HUJAN
SELANG SELI

MATAHARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR CERAH
SINARAN SURIA
MENAMPAKKAN KABUS
DALAM KOTA

SAEKOR TERKUKUR
BELAGU DARI ATAS BUKIT
DAN
CHEEEP CHEEEP CHEEEP
INI UNGGAS APA
CHEEEP CHEEP CHEEP
GUA HANYA DENGAR SUARA

DARI LURAH YANG JAUH
TERDENGAR 
JANTAN BERKOKOK

KADANG KADANG 
KITA TERHILANG BARANG
TERHILANG INI
TERHILANG ITU
SABENARNYA KEHILANGAN
YANG KITA  ALAMI
HANYALAH PERUBAHAN
PERUBAHAN
ADALAH
CAHAYA KEHIDUPAN

HIDUP PENUH CAHAYA
PENUH BAHAGIA
APABILA
KITA MENJALANKAN HIDUP
DENGAN MELAKUKAN
APA YANG SEHARUSNYA
KITA LAKUKAN

BAHAGIALAH HIDUP INI
TANPA GELISAH MENUNGGU
 MASA DEPAN
TIDAK JUGA BERMAIN
DENGAN HARAPAN
DAN KETAKUTAN
TAPI BERGUMBIRA
DENGAN APA YANG ADA
DEPAN MATA
SEMUA MEMADAI
SEMUA CUKUP
JIKA INI YANG KITA
PEGANGAN HIDUP
 YANG LAIN TAK DIBERAHIKAN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan