Sabtu, 11 Julai 2020

BERSATU BERGADUH BERGEROMBOLAN





BERSATU

GADUH DENGAN

GEROMBOLAN

INI AMAT

MENARIK


Umno akan khianat Bersatu, Muhyiddin

PERGESERAN dalaman antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) sememangnya wujud dan ia akan membengkak menjadi kudis yang tidak akan sembuh.

Perang mulut antara Ahli Parlimen Mersing yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dr Abd Latiff Ahmad dan Umno menunjukkan signal bahawa tidak wujud sama sekali kerjasama ‘adik-beradik’ antara parti-parti yang mendukung kerajaan PN.

Hal ini akan lebih jelas. Enam bulan pertama, pandemik Covid-19 seolah-olah “blessing in disguise” buat pentadbiran PN.

Namun untuk hari-hari mendatang, kita bakal menyaksikan fasa pertelingkahan dalaman yang lebih hebat lagi.

Bagi Umno, kewujudan PN adalah senjata untuk mereka merampas kuasa daripada Bersatu yang diketuai Muhyiddin Yassin.

Presiden dan mantan presiden Umno sendiri secara terang-terangan membalas kenyataan ahli Parlimen Mersing daripada Bersatu itu dengan mengisytiharkan untuk mengambil kembali kerusi Parlimen Mersing. 

Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak bukan sahaja memperbudak-budakkan orang-orang dan menteri Bersatu, malah ia merupakan tamparan kepada Muhyiddin apabila kesilapan menterinya itu menjejaskan peluang Bersatu untuk mempertahankan kerusi parlimen Mersing.

Perang mulut ini adalah bibit-bibit awal bagaimana Umno akan menelan Bersatu menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan datang. 

Keadaan ini pastinya akan menjadikan Muhyiddin tidak punya pilihan lain sama ada kembali menyertai Umno dan berkuburnya Bersatu, atau kekal sebagai PM minoriti yang menunggu nasib dibaham oleh pewaris regim kleptokrat pada bila-bila masa.

Sebelum PRU15 lagi, kini kita dapat melihat bagaimana Umno memainkan peranan menentukan posisi-posisi penting dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diisi orang-orang Umno, seolah-olah tiada langsung tokoh yang layak daripada Bersatu.

Hakikat yang dapat kita pelajari dari episod pengkhianatan politik ini cukup jelas.

Sejarah juga telah membuktikan: setiap perbuatan khianat akan pastinya berakhir dengan siri-siri pengkhianatan seterusnya.

Pengkhianat tidak akan pernah mendapat kepercayaan oleh rakan pengkhianat yang lain. Kumpulan ini akan hidup dalam paranoid setiap masa.

Sedikit demi sedikit, mereka pasti akan ditelan oleh dosa-dosa politik mereka sendiri.

Pakatan Harapan boleh menjadi contoh tauladan yang baik kepada rakyat bagaimana kita kekal bersatu dan istiqamah tak kira sewaktu susah mahu pun senang.

Sheikh Umar Bagharib Ali, 
Adun Paloh merangkap 
ketua Pemuda DAP Johor.


GADUH REBUT

HARGA 

GHANIMAH

YANG HALAL

AJARAN KITAB

SUNNI 

WAL RASUAH

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan