Sabtu, 4 Julai 2020

CALON PM PAKATAN






PENCERAHAN
RAMAI TAK FAHAM
ATAU 
TAK SENGAJA  TAK MAHU FAHAM
YANG DITOLAK RAKYAT
HANYA ANWAR IBRAHIM
DAN
 BLOK UMNO
TERUTAMA PASOKAN MAHKAMAH
BUKAN INDIVIDU UMNO

Muafakat Nasional terima Muhyiddin sebagai PM pada PRU15, kata Tuan Ibrahim

UMNO dan PAS akan menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk terus menjawat jawatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 kerana beliau diterima rakyat, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan presiden PAS itu berkata, ia merupakan keputusan gabungan Muafakat Nasional (MN) serta membuktikan mereka tidak tamak.

“Sokong Muhyiddin Yassin adalah keputusan MN. Kita mendukung beliau dan kita tidak tamak. 

“Kita ada calon-calon (perdana menteri) lain, ramai. Tetapi apa yang lebih penting Muhyiddin Yassin diterima rakyat.

“Apa yang beliau buat setakat ini sangat baik untuk negara, jadi kita teruskan,” katanya kepada media di Alor Setar, hari ini.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, perbincangan sama ada Bersatu wajar menyertai Muafakat Nasional masih berjalan.

Jelasnya, perkara itu dibincangkan dalam jawatankuasa rundingan parti.

“Kita dalam perbincangan di dalam jawatankuasa rundingan. Ada pertemuan baru-baru ini dalam mesyuarat presiden.

“Pertemuan akan tetap diteruskan,” katanya menjawab soalan wartawan sama ada Bersatu akan menyertai Muafakat Nasional atau hanya akan berada bersama Perikatan Nasional.

Muafakat Nasional adalah kerjasama politik antara Umno dan PAS selepas kalah pilihan raya 2018.

Ia membolehkan mereka bekerjasama secara politik seperti menyokong satu sama lain pada pilihan raya kecil walaupun ia bukanlah gabungan politik rasmi.

Muhyiddin membentuk Perikatan Nasional hujung Februari lalu selepas membawa keluar Bersatu daripada Pakatan Harapan bersama-sama Umno, PAS, sekutu Azmin Ali daripada PKR dan Gabungan Parti Sarawak serta beberapa parti Sabah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan PH tumbang. – 4 Julai, 2020.


POLITIK BARU

AKAN MUNCUL

KITA TAKDA

PILIHAN

PEJUANGAN 

WAJIB

DITERUSKAN

AMIN



2 ulasan:

  1. Yg ditolak hanya abam dan blok umno? PAS dah ok ke? Pelik aku kalau sakai sokong PAS. Jaga jaga.. nanti susah nak layan tuak dan tapai.

    BalasPadam
  2. Ini cerita dongeng.. jangan percaya.. sebagai hiburan saja.. ďaulah terpendam dari awal tak nak atok jadi pm. Tapi sebab tak boleh nak halang dah. Maka Kuda pengacau terpaksa dilepaskan dari kandang (with string attached) untuk jatuhkan atok. Itu sebab ada loop hole pada proses pelepasan kuda dari kandang. Incase kuda pengacau belot.. they can use back that loop hole to pull kuda pengacau masuk balik dalam kandang. Kuda pengacau pun tahu dari awal misi ini yang dia takkan jadi pm. Penunggang kuda pengacau saja yang pura² tak tahu sebab malu mereka semua dah kena tunggang untuk menjayakan misi ini. Kuda pengacau sudah berjaya dalam misinya dan akan terus kekal bekerja sebagai pengacau untuk melemahkan pasukan yang cuba² menentang pemerintahan daulah terpendam.

    BalasPadam