APA YANG
KHALID SAMAD
CAKAP BETUL
LAGI BENAR
Anwar yakin dapat sokongan, kata Khalid Samad
Anwar Ibrahim yakin beliau akan berjaya dalam rundingannya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan dan mengembalikan semula mandat rakyat.
Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, perkara ini diberitahu Anwar dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini.
“Anwar memberitahu mesyuarat, beliau sudah hampir dapat kejayaan dalam rundingan itu. Oleh itu, jika nama beliau digugurkan sebagai calon PM, rundingan itu akan terjejas,” kata Khalid dalam temubual dengan Jom Chanel malam tadi.
Anwar dipercayai membuat permintaan ini berikutan cadangan baru dari Dr Mahathir Mohamad, Shafie Apdal dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Kenyataan Khalid mengesahkan berita Malaysia Dateline sebelum ini yang melaporkan Anwar sedang membuat rundingan akhir bagi membentuk kerajaan menjelang sidang Parlimen yang bermula Isnin 13 Julai ini.
Dalam temubual itu juga Khalid menegaskan PH tidak pernah menggugurkan nama Anwar sebagai calon PM.
“Anwar tetap menjadi pilihan nombor satu kita. Pilihan kedua iaitu Dr Mahathir telah ditolak oleh Keadilan. Pilihan ketiga Shafie Apdal, sebagaimana dicadangkan oleh Dr Mahathir, kita sedang rundingkan.
“Jadi kita ada dua opsyen sekarang, pilihan satu Anwar atau Shafie,” kata Khalid.
Menurut beliau, Anwar dan Shafie telah diputuskan agar berunding bagi mempastikan kejayaan PH untuk mengembalikan semula mandat rakyat.
“Mana-mana pilihan samada Anwar PM dan Shafie timbalan atau Shafie PM, Anwar timbalan, kita harap kedua-dua mereka berunding,” kata Khalid memaklumkan tentang keputusan mesyuarat itu.
Dewan Rakyat akan bersidang 13 Julai ini dengan agenda utama adalah usul dari Perdana Menteri agar Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Meng meletakkan jawatan.
Jika usul ini diundi, ia akan memberikan penentu samada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada mempunyai sokongan majoriti atau tidak.
+
RAKYAT SOKONG
ANWAR IBRAHIM
JADI PIEM
KITA TUNGGU
APA JADI
SENIN INI
KEBENARAN
CAKAP KHALID
AKAN DIBUKTI
BOLEH
EJOY DE MENJOY
AMIN
INI SEN
Kegilaan jawatan PM dan keinginan memerintah Malaysia semula oleh parti-parti bangang ni amat bahaya kepada rakyat dan negara. Orang gila ni tak peduli berapa ramai rakyat kena jangkitan Covit19 atau ekonomi merosot asalkan cita-cita mereka tercapai. Jika mereka ini berjaya dalam misi memerintah negara, apa jaminan mereka ini ambil peduli kebajikan rakyat..fikir guna otak sendiri..jangan guna otak orang yang luput tarikh.
BalasPadamOrang yang tak cukup telinga saja yang percaya...
BalasPadambro .. siapa yg gila ? all those pengkianat tu sebenarnya gila ! mandat rakyat mana yg dia ambil utk memerintah negara ?? if semua ahli politik behaved macam PN .. hancur negara in future !
BalasPadamMandat rakyat pada ahli2 parlimen masing2... yg bentuk kerajaan semuanya terdiri dari ahli2 parlimen yg dipilih rakyat...
PadamKita kena bagi peluang kpd DSAI untuk beliau melaksanakan reformasi demi rakyat.selama ini tiada peluang untunya malahan dikhianati oleh atok and the gang.In Shaa Allah,semoga beliau Bernays melaksanakan spt.mana dlm manifesto pakatan harapan.
BalasPadamSendiri buat taik. Mandat rakyat mana ye. PRU je. Rasanya kau pn dah tahu siapa yg akan dpt mandat rakyat
BalasPadamSkrg ni rakyat baru saja bernafas lega sikit biarlah rakyat tenang dulu bawah PN.
BalasPadamPuak yg nk jadi krjn smula la gila..
BalasPadamMula2 gila nk tumbang krjn dgn manipestol gila,
gila nk sumbat konon perasuah dlm penjara, smpi skrg kes xlekat2,
Gila bebaskan org yg trlibat kes rasuah dgn ayat "No Further Action",
Gila mencatur tukar PM wlu PM msh buat keje,
Gila letak jwtn PM,
Gila nk balik jwtn PM,
Gila nak jd krjn balik,
Gila nk pilih PM smula wlu bukan dlm krjn...
Klu mcmni punya gila nk perintah negara smula, hancur lebur berkecai negara..
Banyak punya gila la...