Isnin, 27 Julai 2020

KHALWAT 132






KHALWAT 132
SENIN 27/7/2020 KITA MASUK
KE HARI 132 BERKHALWAT
KEADAAN MAKIN GAWAT
ANGKA MAKIN NAIK
PKPP YANG LONGGAR
MEMBAWA MUDARAT
SOP MAKIN TIDAK DIIKUTI

RAYA AJI MACAM MANA?
BALIK KAMPONG
ATAU
TIDAK BOLEH LINTAS SEMPADAN

KAUM KAPITALIS
MAHU TERUS BUKA SEMUA
TAPI KALAU SEMUA PEMBELI MATI
AKHIRNYA
KAUM KAPITALIS JUGA MATI
INILAH YANG DITUNJUKKAN
OLEH KARL MARX
BAHAWA
KAUM KAPITALIS
AKHIRNYA 
AKAN BUNUH DIRI SENDIRI
AMIN

PAGI INI
GUA MASUK HOKKIEN AWAL
MATAHARI BELUM TERBIT
KUALA LUMPUR SURAM

DIPINTU BELAKANG
DIKAWASAN HUTAN SIMPAN
GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CENGEKERIK
DAN  RIANG RIANG
WOW
CUKUP KUAT 
CUKUP MENYEGARKAN
MEREKA SEIRAMA
SESEKALI IRAMA MEREKA
DIPECAH OLEH TERKUKUR
DAN 
BUNYI GAGAK
KESAYUAN

MENGAPA SEKARANG 
CENGKERIK MUNCUL
AGAKNYA
KERANA TANAH LEMBAB
MEREKA BELAGU
MERAYAKAN ALAM

POKOK ARA
SIBUK DAN BISING
PASTI DAH BERBUAH
RAMAI KELUAR MASUK
BISING AMAT SANGAT

SAEKOR KENG KENG
TERBANG TINGGGI 
SAMBIL BERLAGU
BERSENDIRIAN

AMAT JAUH SEKALAI
JANTAN MENDAYU DAYU
AH !
INDAHNYA PAGI  INI DI HOKKIEN

KITA SEMUA INI SAMA
ANAK SEMUA BANGSA
MINUM AIR DARI PERIGI YANG SAMA
DUDUK DIBAWAH
DAUN DAN POKOK YANG SAMA
KITA BERBUNGA
DALAM TAMAN YANG SAMA

SEBAGAI BUKTI
MINDA SOSOK YANG TERATUR
IALAH 
APABILA SOSOK ITU  BERHENTI 
BERSENDIRIAN
DALAM DUNIA DIRINYA SENDIRI
DAN
MELIHAT DIRI

JANGAN TAKUT PADA PERUBAHAN
PERUBAHAN INI JALANAN ALAM
SEMUA DALAM ALAM INI BERUBAH
JADI
JANGAN RISAU DAN TAKUT
IKUT SAMA IRAMA PERUBAHAN
UNTUK SELESA DAN DAMAI

KUNCI KEBAHAGIAN
DAN PENCERAHAN
IALAH BERKAMPONG  DENGAN
TEMAN DAN KAWAN KAWAN
YANG  BIJAK
YANG MINDA MENCABAR
BUKAN BERKAMPONG  DENGAN
YANG LEBIH BODOH
KAKI IKUT
PAK TURUT
KAKI BODEK
YANG SELALU KITA
JUMPA MEREKA
BERKUMPUL DALAM PARTI POLITIK
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT




JANGAN LUPA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan