Isnin, 27 Julai 2020

MADEY CUKUP YB - MUHYIDDIN DAAM BAHAYA









MADEY HANYA

PERLU BEBERAPA

ORANG YB 

AMIN

INI BAHAYA 

PADA MUHYIDIN

AMIN

Tak cukup beberapa orang sahaja nak jadi kerajaan, kata Dr Mahathir

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang hanya kurang “beberapa orang” sahaja sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Tambahnya, apa yang pembangkang mahukan sekarang adalah kembali ke Putrajaya.

“Kalau nak dapat balik kerajaan kena ada cukup bilang (sokongan) ahli MP (Parlimen). Kita kurang tak banyak… beberapa orang saja,” katanya pada sidang media di Langkawi, hari ini.

Dr Mahathir meletak jawatan selaku pengerusi Bersatu dan perdana menteri selepas krisis politik tercetus- dikenali dengan nama “Langkah Sheraton”- apabila puak setia kepada Muhyiddin Yassin dan bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali keluar Pakatan Harapan untuk membentuk Perikatan Nasional dengan Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti kecil Sabah.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac selepas Yang di-Pertuan Agong berjaya diyakinkan yang beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen selepas pertemuan dengan ketua parti politik Malaysia.

Dr Mahathir dan sekutunya juga masih belum memutuskan sama ada mahu membentuk parti baharu atau menyertai parti lain.

“Kalau tidak, maka kita nak bertanding PRU perlu ada parti. Jadi sedang study sama ada buat parti atau tidak. Kita juga study join other party tapi semua belum putuskan.

Tambahnya, mereka juga masih menunggu keputusan kesahan keahlian mereka dalam Bersatu.

“Itu keadaan sekarang. Kalau kita dapati sah (keahlian), kita akan ambil bahagian (dalam pemilihan parti) termasuk chairman, presiden, timbalan dan naib presiden dan juga setiausaha agung,” katanya. 

Dr Mahathir dan lima lagi pemimpin kanan Bersatu menyaman parti itu memohon mahkamah mengisytiharkan yang tindakan “menghentikan” keahlian mereka sebagai tidak sah.

Saman itu menamakan Muhyiddin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin, Muhammad Suhaimi Yahya dan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan. – 25 Julai, 2020.


HANYA

BEBERAPA ORANG

WOW 

INI HEBAT

JENG JENG JENG

KALI INI  TANPA

ANWAR 

WOW 

LAGI HEBAT

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan