Selasa, 21 Julai 2020

MADEY KATA ANWAR TIPU AMAAH DAN DAP






SAH  MAKLUMAT

PALING JELAS

AMIN

ANWAR 

TIDAK ADA 

NUMBO

AMIN

AWAR IBRAHIM

TIPU AMANAH

DAN DAP

SAH KENA TIPU

MAHATHIR BOCOR

ANWAR PUTAR 

AMANAH DAN DAP

Pada usia 95 tahun, Dr Mahathir berkata beliau bersedia untuk tidak menyertai perlumbaan menjadi perdana menteri sekali lagi, tetapi bimbang sama ada mereka ada sokongan yang mencukupi jika Anwar dipilih calon perdana menteri.

Beliau berkata walaupun dua atau tiga lagi ahli Parlimen sanggup menyertai pembangkang, mereka dikatakan akan berbuat demikian jika Anwar bukan calon perdana menteri.

Kebuntuan dengan Anwar itu membawa kepada keputusannya untuk kembali menyokong Shafie, kata Dr Mahathir.

“Jika kita tidak dapat sokongan orang Melayu, kita tidak boleh tukar kerajaan. Tetapi pada masa sama, kita berdepan masalah kerana Anwar tidak mahu saya.

“Dan walaupun Anwar kata dia ada sokongan majoriti, setiap kali nama dia timbul, dia kalah,” katanya.

Semua orang kalah pada Februari.

Beliau berkata PH tidak akan runtuh jika beliau mendapat sokongan penuh daripada gabungan itu ketika krisis politik pada Februari.

“Bila saya letak jawatan pada Februari dan semua orang diminta menyatakan siapa yang mereka mahu, saya sepatutnya diberikan sokongan penuh oleh PH kerana mereka kata mereka sokong saya sepenuhnya.

“Tetapi entah bagaimana Anwar meyakinkan mereka dia ada majoriti dan sokongan mencukupi untuk jadi perdana menteri. Jadi PH beri nama beliau.

“Saya hanya dapat 66 undi dan Anwar dapat 92.

“Tetapi 92 undi itu sepatutnya diberikan kepada saya kerana saya sepatutnya calon mereka dan saya juga perdana menteri sebelum ini. Oleh itu, saya kalah dan Anwar juga kalah,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditubuhkan awal Mac selepas Muhyiddin Yassin membawa Bersatu keluar PH untuk bersekutu dengan Barisan Nasional, PAS, GPS dan bekas pemimpin PKR, bukan gabungan yang berdaftar secara rasmi.

Muhyiddin baru-baru ini menerima sokongan 115 ahli Parlimen daripada semua parti berkenaan, memberikan beliau majoriti tipis dalam kalangan 222 ahli Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata, Shafie adalah pilihan yang baik untuk PH.

“Ia sangat positif kerana Sabah dan Sarawak memberi banyak sumbangan kepada kerajaan.

“Dua negeri itu ditadbir oleh orang mereka sendiri dan melakukannya dengan sangat baik. Walaupun peringkat nasional adalah kerja lebih besar, kerajaan itu berpengalaman.

“Jadi walaupun kita ada pemimpin baharu, pentadbir berpengalaman akan sokong beliau.”

Berkenaan sama ada orang Melayu di semenanjung akan menerima Shafie, Dr Mahathir berkata: “Itu yang perlu diuji. Shafie berkahwin dengan wanita Melayu dari Kedah dan anak-anaknya juga berkahwin dengan orang semenanjung. Beliau juga pernah berada dalam kerajaan persekutuan.” – 21 Julai, 2020.


HASIL KENA

TIPU MAKA

HARGANYA AMAT

MAHAL

TUNGGU  LIHAT

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan