SAPA SUSUN
KEMPEN INI
KAH KAH KAH
MAKIN BERAT
KAH KAH KAH
INI MESTI
KERJA ISREAL
KERJA KARTEL
KAH KAH KAH
KERJA MADEY
Ada kempen tersusun
wujudkan persepsi
PKR lemah selepas
Langkah Sheraton - Anwar
KUALA LUMPUR: Wujud gerakan yang teratur untuk mewujudkan persepsi Parti Keadilan Rakyat sedang di ambang kemusnahan, selepas Langkah Sheraton dan kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan, dakwa Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, gerakan itu cuba memperlihatkan semakin ramai ahli parti meninggalkan platform itu atas alasan hilang kepercayaan kepada pimpinan kanan dan sebagainya.
Namun, tegas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, laporan dari peringkat Cabang dan Majlis Pimpinan Negeri yang beliau terima, jelas menunjukkan persepsi itu tidak berasas sama sekali.
“Jika tidak, kita nampak tiap hari ada saja berita negatif. Ada kempen tersusun yang keluar. Yang (dilaporkan) keluar anggota parti sudah cecah 1 juta. Tiap minggu umum keluar 20 jadi 2,000. Ada satu cabang di Kelantan yang ahlinya 4,000 tapi keluar 8,000. Dia bawa ayam, itik, rumah sekali.
“Tapi ini hanya untuk beri persepsi kita dalam keadaan masalah. Tapi saya bersyukur dalam keadaan sekarang, umpamanya cabang ada satu ketua cabang, lari timbalan. Tetapi kekuatan cabang itu sedikitpun tidak terjejas,” katanya lagi.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Penerangan Keadilan di ibu negara, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, kumpulan individu yang meninggalkan parti itu sudah lama tidak menyertai program anjuran parti secara aktif, dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengumumkan tindakan keluar parti kepada media.
Atas sebab itu, Anwar berkata, program penerangan seperti konvensyen itu merupakan wadah yang terbaik untuk menjelaskan kepada akar umbi serta rakyat bahawa PKR masih utuh, dan tidak lari dari agenda reformasi yang diperjuangkan sejak penubuhannya.
Dalam pada itu, beliau berkata, PKR harus terus berpegang kepada matlamat utama mereka iaitu memastikan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, bangsa, dan agama.
"Dalam Keadilan, kita menolak perkauman sempit, dan (kita terangkan) ini adalah mesej agama Islam. Jadi orang Hindu, atau Buddha, atau Kristian yang mempunyai prasangka akan melihat, jangan mereka belajar Islam dari bin Laden atau Taliban.
“Ini soal yang saya tekankan lebih dari biasa, kerana ini akan jadi masalah kita nanti. Kerana di desa ada orang Islam, orang Melayu, tapi kefahaman mereka bahawa (Malaysia) masih negeri Melayu Islam.
"Memang betul ini adalah persekutuan Tanah Melayu. Tetapi bagaimana nak meletakkan semua warganegara mempunyai hak yang sama dan sah. Dan yang lebih penting bagi saya adalah program yang menjamin kehidupan mereka,” katanya lagi.
BUKAN SAJE
AHLI PKR
CABUT LARI
KAH KAH KAH
BERITA
DAH KELUAR
ADA AHLI DAP
AHLI AMANAH
NAK TERAJANG
ANWAR
KAH KAH KAH
MALAH ADA
PEMIMPIN DAP
DAN AMANAH
YANG NAK
TERAJANG ANWAR
TAK CAYA
TANYA
SAIFUDIN NASTION
KAH KAH KAH
bila sakai mula serang pkr dgn hebat, maknnanya pkr buat kerja betul. kahkhkah
BalasPadam