Jumaat, 24 Julai 2020

POLITIK TAK STABIL - KU LI







MUHYIDDIN

MAKIN GOYANG

KU LI CADANG

PRU 15

LU TAU KENAPA

KAH KAH KAH

Pilihan raya semula penyelesaian politik tidak stabil, kata Ku Li

HANYA pilihan raya semula jalan terbaik untuk menyelesaikan keadaan politik Malaysia yang tidak stabil, yang menjejaskan keyakinan pelabur, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, kerajaan yang tidak stabil dan lemah akan menyulitkan pelabur datang ke negara ini.

“Saya rasa elok kita serah mandat kepada rakyat kerana kerajaan sekarang ini tidak begitu kuat, tak stabil, masih lemah.

“Kita nak tarik sekurang-kurangnya pelabur datang ke mari kerana pengangguran kian meningkat,” katanya, seperti dipetik Astro Awani di Gua Musang.

Tengku Razaleigh yang juga pengerusi jemaah penasihat Umno berkata pada masa ini hampir sejuta rakyat Malaysia menganggur dan jumlah itu dijangka bertambah menjadi 2 juta orang pada Oktober nanti. 

“Jadi, apakah kita hendak tunggu segala-galanya menjadi buruk baru nak mengadakan pilihan raya? Itu persoalan yang besar,” tanyanya.

Bagaimanapun katanya terpulang kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang mengetuai kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) menentukan masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya.

Mandat Parlimen ke-14 dijadual berakhir pada 15 Julai 2023.

PN mengambil alih pentadbiran di Putrajaya, dan kemudiannya di empat negeri, selepas Pakatan Harapan (PH) hilang majoriti di Dewan Rakyat pada hujung Februari lalu.

Muhyiddin ketika itu membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan, sementara pada hari sama, Dr Mahathir letak jawatan perdana menteri.

Pada hari itu juga beberapa ahli Parlimen PKR dipecat dan keluar parti, menyebabkan pentadbiran PH runtuh tidak sampai dua tahun jadi kerajaan.

Minggu lalu, bekas timbalan menteri kewangan Johari Abdul Ghani juga memberi ingatan kerajaan yang tidak stabil akan menyukarkan Malaysian menarik pelaburan asing, terutama ketika semua negara serantau juga agresif cuba memulihkan ekonomi kesan pandemik Covid-19.

Pada pertengahan Jun lalu, media melaporkan Muhyiddin bercadang mengadakan pilihan raya lebih awal tahun ini untuk menamatkan keraguan mengenai mandat pentadbirannya.

Muhyiddin kini mempunyai majoriti tipis lebih dua atau tiga kerusi daripada majoriti mudah 112 di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 kerusi. – 24 Julai, 2020.

KU LI 

CALON TETAP 

PRESIDEN UMNO

MERANGKAP

CALON TETAP

PERDANA MENTERI

SUDAH NAIK

SYIOK 

MULA STIM

KAH KAH KAH

MERASA 

MASANYA TELAH

SAMPAI

CALON TETAP PM

INI DINOBATKAN

SEBAGAI

PERDANA MENTERI

KAH KAH KAH

2 ulasan:

  1. Ku Li jati gua musang. 1000 tahun sanggup menanti asal bergocoh seperti jantan. Ku Li jati gua musang. Tak berpesawat bertaja makan pau berjubah bertopeng beranak ikan.

    BalasPadam
  2. Semangat sudaa naik. Kote suda stim smnjak kemelut pm yang lepas. Sobab ada sekumpulan org tua dlm umno pernah cuba up balik nama ku li jadik piyem lwn mudin. Tapi mudin jugek dpt pm. Skrg dia tengah try lagi .Kahkahkah.

    BalasPadam