Khamis, 30 Julai 2020

SABAH - CEKAP TUNTAS BERHEMAH




SYABAS APDAL

CEKAP TUNTAS

BERHEMAH


DUN Sabah bubar untuk pilihan raya semula, kata Shafie Apdal


DEWAN Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan untuk pilihan raya semula, kata Mohd Shafie Apdal, sehari selepas bekas ketua menteri Musa Aman mendakwa pihaknya ada sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Menurut Shafie, selaku ketua menteri beliau menasihati Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin untuk membubarkan DUN dalam pertemuan mereka pagi tadi.

Pembubaran ini menamatkan teka-teki kedudukan Sabah sejak pertukaran kerajaan di Putrajaya melalui percaturan kerusi di Dewan Rakyat pada hujung Februari lalu.

Shafie, yang juga presiden Parti Warisan Sabah berkata, beliau menyerahkan surat nasihat kepada Juhar dalam pertemuan mereka malam tadi, untuk membubarkan DUN.

“Pada tadi saya bertemu dengan Tuan Yang Terutama (Juhar) dan Tuan Yang Terutama juga memperakukan untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media khas di Pusat Pentabdiran Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Shafie kemudian menunjukkan watikah pembubaran DUN Sabah sambil disahut sorakan penyokongnya: “Hidup Warisan!”

“Jadi apa juga cerita… mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, ada jumlah (kerusi) sana jumlah sini, Dewan sudah dibubarkan,” tambahnya.

Menurut Shafie, beliau akan menjadi ketua menteri sementara sehingga pilihan raya negeri diadakan dalam masa 60 hari.

“Saya masih lagi menjadi ketua menteri mentadbir negeri Sabah ini.

“Sampai waktu ditetapkan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) baru kita pilih… pilihannya kena tepat,” katanya, lalu menyebut nama pemimpin-pemimpin utama politik negeri.

Katanya, pilihan raya semula ini akan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk menerajui Sabah.

Shafie membuat pengumuman itu selepas pertemuan tertutup bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen kerajaan Sabah.

Pilihan raya negeri ini akan mempertandingkan 73 kerusi berbanding 60 pada pilihan raya Mei 2018, selepas Dewan Rakyat meluluskan tambahan 13 kerusi pada Julai 2019.

Awal hari ini, Bernama melaporkan Shafie mengadap Juhar di Istana Negeri di Kota Kinabalu. Beliau dilihat memasuki Istana Negeri selama kira-kira 30 minit.

Sementara itu, Musa dijadual mengadakan sidang media di kediamannya tengah hari ini. – 30 Julai, 2020.

LANGKAH BIJAK

TEPAT  TAKADA 

PUTAR MUTAR

2 ulasan:

  1. Penat beratur untuk mengundi, rupanya calon katak bersalut manusia. Rusa ku tembak gajah yang kena, ku suluh lihat pelanduk yang mati.

    BalasPadam
  2. Shafie dah tunjuk kualiti seorang berpotensi jadi perdana menteri Malaysia. Bertindak dengan tegas berhadapan cabaran pintu belakang. Pulang mandat kepada rakyat! Cuba pikir apakah Abam akan tindak sedemikian atau cuba buat 'deal' lagi?

    BalasPadam