INI AMARAN
SERIOUS
SILAP SILAP
TERGELINCIR
MUHYIDDIN
HARI SENIN INI
AMIN
Amaran untuk Bersatu, buktikan kejujuran dan keikhlasan
SLIM RIVER – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Bersatu agar parti itu membuktikan kesetiaan dan kejujuran pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada 29 Ogos ini.
Presiden UMNO itu menegaskan inilah masanya Bersatu membalas balik jasa persahabatannya dengan memberi kira-kira 6,000 undi yang diterima pada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika menggunakan logo PKR kepada calon BN.
Tambah beliau, jika gagal berbuat demikian, parti itu perlu bertanya apakah nilai persahabatan meteka kepada BN dan Muafakat Nasional (MN) selama ini.
“Betul kita sokong Perikatan Nasional (PN) tapi jangan jadi BN melukut di tepi gantang. Hendak berkawan biar sebenarnya dan hendak berkongsi.
“Tidak ada agenda di belakang tabir dan kita tidak mahu BN dan MN digunakan hanya sebagai batu loncatan selama ini.
“Jangan main-main dengan BN dan MN serta jangan ingat bila ada cahaya di hujung terowong yang kerap bergerak, kita tidak mahu mahu mana-mana pihak terhegeh-hegeh.
“Bukti di Slim mereka jujur dan ikhlas,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN Perak di Felda Residence Trolak di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Tuan Haji Zahid memberi jaminan tidak akan berlaku lagi budaya lompat parti di kalangan pemimpinnya pada masa akan datang.
“Tidak akan lompat kalau lompat kita cincang. Yang mana-mana yang lompat, kita minta mereka taubat.
“Kita tahu kemenangan di PRK Slim akan menjadi penanda aras PRU15 kerana saya telah memberi kuasa kepada Pemuda MN dan BN buka sahaja atas nama gerak gempur tetapi menjadi ejen mengundi.
“Kita ada di sini bukan kerana elaun, t-shirt dan penaja tetapi semangat Pemudan MN dan BN. Pastikan enam saluran di semua Pusat Daerah Mengundi tiada siapa (anak muda) yang tertinggal,” katanya.
PRK DUN Slim diadakan susulan kematian penyandangnya, Tuan Haji Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu.
Allahyaram merupakan wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004.
Pada PRU14, Khusairi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) selepas menewaskan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas dengan memperoleh majoriti 2,183 undi.
Slim adalah antara DUN dalam Parlimen Tanjung Malim selain Behrang dan Sungkai.
Seramai 23,094 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu membabitkan 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.
SPR menetapkan PRK DUN Slim diadakan pada 29 Ogos ini dan pengundian awal pada 25 Ogos ini.
MUHYIDDIN
TAKDA PILIHAN
WAJIB AKUR
DENGAN AMARAN
KALAU TIDAK
SENIN INI
ZAHID
TAK DATANG
KE PARLIMEN
MUHYIDDIN
AKAN TERBARAI
AMIN
woww wak tak main tikam2 tikam belakang wak main cincang pulak tak mungkin gelincir lepas kena cincang lebih baik terloncat sebelum tergelincir
BalasPadam