Ahad, 16 Ogos 2020

BERITA BAIK






BERITA BAIK

TAHNIAH

BARISAN DEPAN

Kluster pusat perubatan Kuching diisytihar berakhir

KLUSTER Pusat Perubatan Kuching diisytihar berakhir hari ini, setelah tiada kes dilapor atau dikesan selepas 28 hari dari tarikh mula (onset) kes terakhir dalam kluster itu, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Kluster itu diisytiharkan pada 17 Julai lepas melibatkan sebuah kemudahan perubatan di Kuching, dengan membabitkan tiga orang yang disahkan oleh makmal daripada 101 orang (kes dan kontak) yang disaring. 

Sementara itu, JPBN Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat lapan kluster yang masih aktif setakat hari ini membabitkan 64 kes.

Jumlah keseluruhan kes postif Covid-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat hari ini, kekal 659 orang atau 96.63 peratus.

AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan