Isnin, 3 Ogos 2020

BERKHALWAT 139





KHALWAT 139
 
HARI INI SENIN 3/8/2020
KITA MASUK KE HARI 139
BERKHALWAT
DAH LOTEH  DONGAN PKPP
DEN MASIH TAKUT
CELAKO KOBID
NAK BUEK MACAM MANO
GOLO DEK EEH
KAH KAH KAH

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
CERIA DENGAN LAGU
TERKUKUR
DIIKUTI OLEH  BURUNG TUKANG

POKOK ARA  TAK BISING
MASIH ADA YANG CARI MAKAN
TAPI 
TAK DENGAR UNGGAS
 BERCOKAK BEREBUT BUAH

KUALA LUMPUR 
DITIMBUS KABUS
DI LANGIT
AWAN HITAM  RAMAI

TUP TUP
AWAN HITAM GUGUR
HUJAN PAGI
GUA TERGESA TERGESA
CEPAT PULANG
MENGELAK BASAH

AWAS DENGAN SOSOK
YANG MULA MULA 
 KLIM
SEBAGAI PENYELAMAT
NUSA DAN BANGSA
KEMUDIAN SOSOK INI
JADI JAHAT MENCURI
AKHIRNYA  
JADI DIKAKTOR

APA YANG BERLAKU INI
TAK PERNAH SAPERTI
YANG KITA MIMPIKAN
UNTUK KEADAAN INI 
JAWABNYA
IALAH - MOVE ON
TERUS KE DEPAN

BILA BUAT BAIK 
JANGAN TUNGGU HADIAH
KERANA 
MEMBUAT BAIK ITU SENDRI
ADALAH 
HADIAH

BILA BERHADAPAN DENGAN MASALAH
LALU KITA TANYA DIRI
KENAPA  TAK SANGGUP
KITA LALUI
SEBENARNYA KITA  TAHU SEBABNYA
HANYA KITA 
MALU NAK ROYAK

KAMU AKAN JADI KECIL
JIKA PEKARA KECIL
YANG  MELALAIKAN KAMU

JIKA TAKUT DENGAN MATI
TANYA  DIRI
APAKAH HIDUP YANG  SEDNAG
DILALUI INI
BUKAN HIDUP YANG MATI
HIDUP
YANG  HANYA
MENGOTORKAN OXYGEN 
HIDUP YANG 
MEMBUAT TRAFIK JAM
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT



Tiada ulasan:

Catat Ulasan