Ahad, 9 Ogos 2020

BERKHALWAT 145






KHALWAT 145
AHAD 9/8/2020
KITA BERKHALWAT MASUK
KE HARI 145
SERANGAN KOBID
 MASIH BERJALAN

KELMARIN PERTAMA KALI
GUA PERGI KENDURI KAWIN
DI KAJANG
IKUT SOP PKPP
TAK RAMAI 
HANYA KENALAN RAPAT
YANG DATANG
TAK DIBENARKAN MELINTAS 
LEBIH DARI 250 TAMU
AMIN

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
GUA PASANG TELINGA
GUA DAPAT CAM
DUA BUNYI  YANG ADA BEZA
ANTARA TERKUKUR DENGAN BALAM
SEKALI DENGAR SAMA
BILA DENGAR BETUL BETUL
SUARA TERKUKUR  LEBIH PANJANG
BERBANDING BALAM

BUNYINYA
TEEEERRRKUUURKUUUR
INI TERKUKUR
BALAM  BERBUYI PENDEK
KUR KUR KUR

KITA INI KADANG KANDANG
SUKA PERKARA YANG DARURAT
LALU KITA SIBUK
DENGAN YANG TIBA TIBA
SABENARNYA YANG TIBA TIBA INI HANYA MENGANGGU PROJEK MASA DEPAN
YANG CUBA KITA ABAIKAN
DENGAN ALASAN
URUS YANG TIBA TIBA DULU

SOSOK YANG BIJAK INI
HANYALAH SOSOK
YANG MENERUSKAN KERJA 
TANPA HENTI HENTI

JADIKAN HARI INI
SEOLAH OLAH 
HARI AKHIR KITA
MAKA TANPA MALAS
TANPA PURA PURA
KITA LAKUKAN

KALAU NAK HIDUP SUSAH 
SENANG SAJA
SELALU BERHARAP
SIMPAN  HARAPAN BESAR
PASTI KECEWA SAMPAI
SEBENAR LEBIH TEPAT
KITA LAKUKAN YANG TERBAIK SEKARANG
TANPA MENGHARAP APA APA
TERIMA APA SAJA HASILNYA
SATELAH KITA LAKUKAN
YANG TERBAIK
DENGAN CARA INI
HIDUP KITA TENTERAM

KEHIDUPAN TENTERAM SEDERHANA
AKAN  MEMBAWA KEBAHAGIAN
DARI GILA GILA
MENGUMPUL KEJAYAAN HARTA
YANG PENUH DENGAN
KERESAHAN

BENDA BENDA 
YANG DIKUMPUL MANUSIA INI
HARTA KEKAYAAN
KEJAYAAN GLAMOR
SABENAR AGAK LEKEH

LAAAA BRO
HIDUP INI SABENARNYA
SENANG AJE
AMAT SENANG DAN MUDAH
BUKAN MACAM RAMAI ORANG
GILA GILA KE HULU KE HILIR
MENCARI SESUATU
YANG DIA SENDRI 
TAK MEMILIKI KEUPAYAAN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan