KHALWAT 147
HARI INI RABU 12/8/2020
KITA MASUK KE HARI 147
BERKHALWAT
SUASANA MASIH BELUM MENENTU
NORMA BARU
MASIH DIRASA JANGGAL
PKPP MASIH BERJALAN
GUA MAKIN JARANG
MENERIMA SMS
DARI
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
MAKNANYA
SUSANA MAKIN BAIK
TAPI
TAGKAPAN LANGGAR PKPP
MASIH KITA BACA
PAGI INI
GUA MASUK HOKKIEN AWAL
MATAHARI TAK ADA
KUALA LUMPUR KELAM
OKESTRA UNGGAS TAK RANCAK
TERKUKUR TETAP BERLAGU
DI GAUNG ARA
DI TEPI JALAN GUA LALU
JANTAN BERKOKOK KUAT
DARI ATAS BUKIT YANG JAUH
SATU LAGI JATAN MELAUNG
MEREKA BALAS MEMBALAS
HANYA NABI SULAIMAN
TAHU APA YANG
SEDANG MEREKA BINCANG
ATAU
DUA JANTAN INI
HENDAK BERTARUNG
SIAPA JAGUH HOKKIEN
WIRA DAN JAGUH
MEMBERI UKURAN UNTUK KITA
DIMANA KITA BERADA
DAN
APA YANG KITA BOLEH BUAT
BIASANYA
KITA BUAT BAIK
KERANA SELESA BERBUAT BAIK
WIRA DAN JAGUH
MEMBUAT BAIK
BUKAN KERANA SELESA
KEBERANIAN MEREKA
INI MENDUGA KEUPAYAAN KITA
SANG PENAKUT JADI BERANI
BILA RAMAI
SOSOK YANG LEMAH
JADI PEMBUNUH
BILA DALAM KUMPULAN
KEPAKARAN INI BERMULA
DENGAN LANGKAH PERTAMA
PENCERAHAN SAMPAI
BILA MENGAKUI BAHAWA
DIRI MASIH GELAP
DALAM HIDUP INI
KITA MESTI BERANI
MEMBUANG ILMU LAMA
DAN MEMPELAJARI
ILMU BARU
DENGAN NIAT MAHU BELAJAR
KITA AKAN BERJAYA
JANGAN SILAP FAHAM
KITA MERASAKAN BAHAWA
BILA BERJAYA MAKA
KRITIKAN DAN KUTUKAN
AKAN BERKURANGAN
INI SILAP
KRITIKAN DAN KUTUKAN
AKAN TERUS DATANG
SETIAP KALI KITA BERJAYA
KEBENARAN PASTI
MEMBAWA KUTUKAN
INI KERANA APA
YANG KITA LAKUKAN ITU
TERBUKTI
MEMBAWA IMPAK
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
12 ogos adalah hari ke 148.
BalasPadam