Ahad, 23 Ogos 2020

BERKHALWAT HARI KE 159







KHALWAT 159
AHAD 23/8/2020 
KITA MASUK KE HARI 159
BERKHALWAT
PKPP MASIH DITERUSKAN
NORMA BARU DISELESAKAN
TAPI GUA SELALU LUPA
PELITUP MUKA
SELALU TERCICIR
PELITUP MUKA 
JATUH ENTAH DIMANA
AMIN

PAGI INI HOKKIEN 
YANG DIDEGAR HANYA
SIMPONI CENGKERIK
DAN
SUARA TERKUKUR

DERAMAN KERETA
TAK DIDENGAR
KERANA AHAD  PAGI
HARI CUTI
MALAH RAMAI AMBIL
CUTI PANJANG

MATAHARI DAH NAIK
TAPI TIDAK CERGAS
AWAN MASIH TEBAL
KUALA LUMPUR MALAP
DI SELUBUNG KABUS

DETIK DETIK PALING BAIK
ADALAH
BILA KITA MERASA 
RESAH GELISAH SUSAH 
KITA MERASA KEADAAN
 TIDAK SELESA
DAN TAK PUAS
DETIK DETIK YANG MENJADIKAN
KITA TIDAK SELESA INI
ADALAH 
MASA DAN KETIKA TEPAT
UNTUK MENINGGALKAN 
GAYA HIDUP LAMA
DAN MULA MENCARI
CARA BARU YANG 
PENUH PENCERAHAN

TERUS GIGIH TEGUH BERDIRI
JANGAN UDUR
DILARANG BERUNDUR
TANAMKAN KAKI KEYAKINAN
SEPERTI TEMBOK
YANG MENGEPONG HIDUP
INI NAMA  KEGIGIHAN

ADALAH TEPAT JIKA KITA
MENERIMA APA  YANG KITA ADA
WALAU PUN SADIKIT
ORANG KAYA PUN
MERASA  SUSAH RESAH
KETIKA MASA KESUSAHAN
SABERANYA 
ADALAH DILUAR KUASA KITA
 UNTUK MEMILIKI 
SEMUA YANG KITA IDAMKAN
TAPI 
KITA MEMILIKI  KUASA
UNTUK MENOLAK ANGAN ANGAN
UNTUK MEMILIKI 
 APA YANG TIDAK KITA MILIKI
DAN 
TERUS BERSENANG HATI
MEMAKAI  MENGGUNA
APA YANG ADA

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI
MUNGKIN SUSAH
TAPI INILAH  HAKIKAT
 YANG KITA BOLEH DILAKUKAN

HIDUPLAH 
UNTUK KETIKA INI
PEDULIKAN  SETAN MASA DEPAN
YANG CILAKA
MAU PUN 
YANG INDAH

MARILAH KITA BERTERIMA KASEH
MANUSIA INI SELALU GELISAH
TIDAK MERASA BAHAGIA
KERANA TIDAK MEMILIKI KEPUASAN
SESUDAH BEKERJA BERUSAHA 
DAN
DAPAT APA YANG DIIDAMKAN
KITA HILANG KEINGINAN
DENGAN APA YANG
 SATU KETIKA DULU 
KITA IDAMKAN 
KITA BERAHIKAN
HASILNYA
KITA TIDAK GUMBIRA
KITA MENJADI BOSAN
BILA  MERASA BOSAN
MAKA KITA PASANG NIAT BARU
UNTUK  MENGIDAMKAN
LAGI BENDA BARU 
YANG LEBIH 
YANG KITA
ANGGAP LEBIH 
MEMBERAHIKAN

HIDUP MANUSIA INI
PENUH PENCAROBA
MAKA KERANA ITU
MARIKALAH KITA
BERHATI BERBUDI
MENJADI SOSOK YANG BAIK
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan