Isnin, 24 Ogos 2020

BERKHALWAT HARI KE 160






KHALWAT 160
SENIN 24/8/2020
KITA MASUK KE HARI 160
BERKHALWAT
SUASANA  BELUM MENENTU
PKPP AKAN DISAMBUNG LAGI
INI UNTUK KEBAIKKAN KITA SEMUA

NORMAL BARU
MASIH BELUM JADI SELESA
KLUSTER LAMA TAMAT
MUNCUL KLUSTER BARU

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
MATA HARI DAH KELUAR
KUALA LUMPUR DILIHAT CERAH
SAEKOR JANTAN
MELAUNG DARI BUKIT
SAPERTI BIASA  CENGKERIK
BERSAMA TERKUKUR
MENDOMINASI ALAM

PAGI INI GUA TAK SELESA
ADUH!
HATI GUA TAK TENTERAM
PETANG KELAMRIN
TAK TAK LUKA
KAKI KIRI  
MUNGKIN TERKENA KACA
BERDARAH
GUA BALUT DENGAN ALOE VERA
PAGI INI GUA MEMBAWA
TAK TAK DAN EZI
UNTUK PEE PEE DAN POO POO
KAMI BERJALAN TAK JAUH
AMAT SUSAH 
TAK TAK TERDENGKOT
KAKI MASIH BERDARAH

PAGI INI JUGA
GUA  BUAT JANJI
KAWAN AKAN DATANG
UNTUK PERGI KE UPM

DI UPM ADA HOSPITAL HAIWAN
GUA RASA HOSPITAL INI
CUKUP ANGGUN
GUA MEMANG GUNAKAN
HOSPITAL UPM
UNTUK KESEHATAN
TEMAN HIDUP GUA

MARILAH KITA
JADI WIRA DALAM
WAYANG HIDUP KITA SENDIRI
KITA JADI WIRA
BUKAN KERANA MENANG KALAH
KITA WIRA
KERANA APA YANG KITA LAKUKAN

SOSOK YANG BIJAK
BUKAN TERANGKAT BILA SENANG
ATAU
DILIHAT  RENDAH BILA SUSAH
SOSOK BIJAK
BERSANDAR PADA DIRI SENDIRI
KEBAHAGIAN DATANG
DARI DIRI SENDIRI

KESUSAHAN DAN KEPAYAHAN
MENIMBULKAN
KEKUATAN FIKRAH

SOSOK YANG GILA
BERFIKIR UNTUK 
MENGUBAH DUNIA
ADALAH SOSOK
YANG MEMBAWA PERUBAHAN

TANYA TANYA
DAN BERTANYALAH
KITA BOLEH BELAJAR  
DARI PERTANYAAN YANG BANGANG
BERBANDING 
DENGAN MAT BANGANG
YANG MENDAPAT
JAWAPAN YANG BIJAK

CARA YANG TEPAT BERGERAK
IALAH MULA MELAKUKAN
DAN
BERHENTI BERCAKAP

JANGAN BERHENTI BELAJAR
TAK KIRA UMUR 20 TAHUN 
ATAU UMUR 80 TAHUN
KALAU TERUS  BELAJAR
MAKA TERUS JADI MUDA

JADILAH SOSOK
YANG CERAH
APABILA KITA MENGAKUI
BAHAWA KITA 
TIDAK CERDIK 
DAN
TIDAK  TAHU APA APA PUN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT





1 ulasan:

  1. Cara yang tepat bergerak ialah mula melakukan dan berhenti melancap

    BalasPadam