KHALWAT 166
AHAD 30/8/2020
KITA MASUK KE HARI 166
BERKHALWAT
PKPP DAH DISAMBUNG
EROPAH AMERIKA AFRIKA
DAN INDIA
SEDANG HURU HARA
DI SERANG KOBID
GUA TAK FAHAM
BERIBU RIBU WARGA BERLIN
TELAH TURUN BERDEMO
MENENTANG ARAHAN
PKP KERAJAAN GERMAN
GUA BACA JUGA
DI UK DEMO SAMA
SEDANG DISUSUN
PAGI INI HOKKIEN INDAH
KUALA LUMPUR BERKABUS
GUA DISAMBUT
KUUR KUUUR KUUR
KUAT DAN RANUM
DENGAN LATAR
SIMPONI CENGEKRIK
SAEKOR JANTAN
BERKOKOK SAYU DARI BUKIT
TAK ADA SIAPA MEMBALAS
PIPIT OH PIPIT
GUA RISAU KERNA NAMPAK
HANYA DUA TIGA EKOR
TERBANG KE SANA KEMARI
TETIBA GUA TERSEREMPAK
DENGAN KUMPULAN RAMAI
CUKUP CANTIK APABILA
MEREKA TERBANG BERKAWAN
TUJUAN BERKUMPULAN
NAK MENUAI PADI PIPIT
GUA LIHAT MACAM PADI
MAKA GUA PANGGIL PADI PIPT
BILA MEREKA HINGGAP
DI BATANG PADI
BATANG AKAN MELENTOK
LALU MEREKA KENDURI
GAAAAAAK GAAAAAK
SUARA SEDIH
GAGAK KESAORANGAN
SAYU TERDENGAR JAUH
RAMAI TAK FAHAM
KEGAGALAN
IALAH KUNCI KEJAYAAN
BILA GAGAL
KITA CUBA LAGI
INI MEMBAWA KEJAYAAN
KESANGSARAN BOLEH
JADI INDAH
BILA DISAMBUT
DENGAN GUMBIRA
BUKAN DENGAN MURUNG
TAPI DENGAN
MINDA YANG CEKAL
DALAM HIDUP INI
ADA DUA PEKARA
YANG WAJIB DIKENALI
SATU PEKARA LUARAN
SATU PEKARA DALAMAN
PEKARA LUARAN
TAK DAPAT DIKAWAL
PEKARA DALAM
KITA MEMILIKI KUASA
UNTUK MENGAWAL
JANGAN AMBIL POT
DALAM HIDUP INI
KITA WAJIB BERSEDIA
DENGAN SERANGAN
YANG TETIBA DATANG
DALAM HIDUP
ADA DUA PERKATAAN
YANG WAJIB
DISIMPAN DALAM HATI
FAHAM INTI PERKATAAN INI
MAKA HIDUP AKAN BAHAGIA
PERKATAAN ITU IALAH
TEKUN DAN TENTANG
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Wah TT... deep tu
BalasPadamTak sangka rupanya dalam hatimu ada taman bunga