Ahad, 9 Ogos 2020

BERSATU KITA ROBOH








BERSATU ROBOH

TERBARAI BILA

MADEY BUKA

MULUT 

AMIN
 Mohamad Shafiri (duduk, tengah) bersama barisan kepimpinan Bersatu Petaling Jaya mengumumkan keluar parti itu malam tadi

Bersatu Petaling Jaya lumpuh, ketua dan 500 ahli keluar parti

PETALING JAYA – Selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram dan ADUN Klang mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) petang tadi, Ketua Bahagian Petaling Jaya, Mohamad Shafiri Abd Karim bersama 500 ahli turut bertindak keluar parti itu.

Dalam satu pertemuan malam ini, mereka membuat keputusan keluar beramai-ramai dan membubarkan empat cawangan dalam bahagian itu serta menyatakan sokongan kepada bekas Perdana Menteri,  Dr. Mahathir Mohamad.

“Kami menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti Bersatu Petaling Jaya kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan.

“Kami juga sepakat menyokong perjuangan  Dr. Mahathir dan menyertai parti baharu yang akan dibentuk selepas ini,” katanya kepada media di sini, malam ini.

Tindakannya itu menjadikan tiga bahagian Bersatu di Selangor yang dibubarkan selepas Jeram dan Klang petang tadi.

Menurut Mohamad Shafiri, beliau percaya langkah itu akan diikuti beberapa bahagian lain di Selangor yang mendapat kembali platform untuk bergerak.

Beliau yang memenangi jawatan itu Februari lalu berkata, keputusan itu diambil bagi membolehkan mereka berjuang dalam wadah baru bersama bekas pemimpin yang disahkan pemecatan mereka dari Bersatu sebelum ini.


WOIT

PARTI INI 

DAH DAFTER KE

BELUM

KAH KAH KAH 

NANTI KENA

SABOTAJ

PUTEH MATA

KAH KAH KAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan