BANGANG
DAN DEGIL
BAWA PADAH
PADA RAMAI
Pesakit Covid-19 pertama dipenjara dan didenda langgar perintah kuarantin
PEMILIK kedai nasi kandar yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga dipenjara lima bulan dan didenda RM12,000, lapor Bernama.
Dia menjadi pesakit Covid-19 pertama yang didakwa dan disabitkan kesalahan selepas tidak mematuhi perintah kuarantin.
Kluster Sivagangga yang pertama kali dilaporkan pada 28 Julai berasal dari Napoh, Kubang Pasu selepas seorang warganegara India dengan status penduduk tetap di Malaysia tidak mematuhi perintah kuarantin di rumah setelah kembali dari India.
Sehingga semalam seramai 45 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan selepas mempunyai kontak dengan pesakit indeks.
Sehingga 11 Ogos, seramai 5.645 telah diperiksa oleh Kementerian Kesihatan selepas berhubung dengan pesakit indeks atau mereka yang pernah mengunjungi restoran itu.
Usaha pihak berwajib menghubungi mereka yang pernah mengunjungi kedai makan itu juga terhalang kerana mereka tidak menyimpan rekod siapa yang pernah datang ke situ.
Khamis lalu Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham berkata bahawa kluster PUI Sivagangga mungkin berasal dari strain virus Covid-19 “super-spreader”.
Beliau berkata kluster itu mempunyai kadar jangkitan yang lebih cepat berbanding sembilan kluster lain. – 13 Ogos, 2020.
WAJIB TERUS
HATI HATI
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan