JANGAN TEKAN
WARGA JUJUR
KERANA CUKONG
BERI HABUAN
AMIN
SPRM pantau penguatkuasa di Sungai Buloh
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau pegawai penguatkuasa di Sungai Buloh yang didakwa meminta dan menerima rasuah bagi melindungi sindiket perjudian haram.
Timbalan pesuruhjaya (operasi) Ahmad Khusairi Yahaya berkata, agensi antirasuah sedang bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman berhubung perkara itu.
“Kami memandang serius perkara ini berikutan satu video tular yang mendakwa polis tidak mengambil tindakan terhadap premis judi di Sungai Buloh dan mendakwa polis menerima wang haram.
“Saya telah menghubungi pengarah JIPS, Zamri Yahya dan beliau memaklumkan kepada saya bahawa jabatannya akan mengambil tindakan terhadap anggota yang didapati terlibat melindungi premis haram. JIPS juga akan berkongsi maklumat dengan SPRM dan agensi antirasuah akan memantau situasi di Sungai Buloh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Shafa’aton Abu Bakar menafikan dakwaan tiada tindakan terhadap aktiviti judi haram di daerah itu.
Beliau menjawab dakwaan video oleh “Hot Burger Malaysia” tular di media sosial yang dimuat naik pengguna Facebook Asri Janggut pada Sabtu.
Beliau menyifatkan dakwaan yang dibuat pengguna Facebook itu sebagai tidak benar dan tidak berasas.
“Dua laporan polis dibuat oleh ketua polis daerah Sungai Buloh dan pegawai dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
“Tuduhan ini boleh mencemarkan imej pasukan polis terutamanya polis Selangor dalam usaha untuk membanteras perjudian haram di negeri ini khasnya di Sungai Buloh,” katanya pada satu sidang media pada Ahad. – 10 Ogos, 2020.
KENAPA SIASAT
PENGADU
TAPI TAK
SELIDIKI
BISNES CUKUNG
NANTI JADI
MACAM KES
LIM GUAN ENG
AMIN
Ape yg nak pantau lg.Sedangkan video dah jelas.Tangkap je penguatkuasa yg korup.Melainkan klu nak pantat blh lah..
BalasPadam