DENGAR DENGAR
INI SUARA
BAKAL PM
KAH KAH KAH
NAJIB ZAID
MASUK PENJARA
KAH KAH KAH
YANG BEBAS
HANYA KU LI
KAH KAH KAH
Ku Li gesa ahli Umno undur segera dari Kabinet Perikatan
PENGERUSI Jemaah Penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini mengeluarkan kenyataan menggemparkan dengan meminta ahli-ahli Umno yang menganggotai Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) supaya segera berundur daripada jawatan masing-masing.
Gesaan itu dibuat berikutan pengumuman Bersatu untuk menerima bukan Melayu sebagai ahli parti.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata pengumuman Bersatu dengan sendirinya telah menghilangkan kelayakan parti tersebut sebagai anggota Pakatan Melayu Islam yang didukung oleh Muafakat Nasional.
“Kita Umno tidak pernah menjadi anggota kerajaan Perikatan Nasional, hanya kita memberi sokongan dari awal penubuhan kerajaan ini untuk menjaga dan memelihara kestabilan politik negara.
“Dengan berlakunya perubahan yang diumumkan oleh Bersatu, wajar ahli-ahli Umno yang menganggotai kabinet kerajaan sekarang berundur daripada melibatkan diri dalam kerajaan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
Kerajaan PN sekarang ditubuhkan pada 29 Feb, atas dasar sokongan beberapa parti politik iaitu Bersatu, Umno dan PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah), MCA dan MIC.
Penubuhan kerajaan itu berlaku apabila Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP, Bersatu dan Amanah hilang sokongan suara dalam Parlimen berikutan tindakan Bersatu keluar daripada PH.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac dan membentuk kabinetnya pada 10 Mac.
Bersatu diterima masuk Muafakat Nasional yang dianggotai oleh Umno dan PAS pada 13 Ogos dan Muhyiddin menyatakan persetujuan menyertai gabungan itu pada 18 Ogos.
Dalam kenyataan satu muka surat itu, Tengku Razaleigh berkata ahli-ahli Umno berkenaan perlu bertindak cepat bagi membolehkan Umno menumpukan perhatiannya kepada penyelesaian masalah golongan muda mencari pekerjaan dalam keadaan negara menghadapi pandemik Covid-19.
CALON TETAP PM
SEDANG
MERANCANG
KAH KAH KAH
MEMANG LOJIK
DARI
CALON TETAP
BERALIH JADI
CALON PM
KAH KAH KAH
YANG TINGGAL
SEBAGAI
CALON TETAP
MASIH LAGI
ANWAR IBRAHIM
KAH KAH KAH
ku li dah lama cuba, Anwar pun dah lama cuba, semua tunggu naik takhtanya, tapi tak sampai sampai, kenapa ? apa kurang? apa lebih ? kah kah kah tak pandai atur dedak? tak pandai atur rasuah, tak pandai atur komisen masuk ? kah kah kah apa apa apa??
BalasPadamDah ketinggalan zaman.. perjuangan sekarang ..bukan berpaksikan maruah..bangsa ataupun agama... ia bergantung kepada arah mana kepala agong itu berada... lupakan lah pada perjuangan dan kesetiaan.. dah lama tidak ada dalam buku mereka. .. tak kira dari party mana sekali pun .. semuanya sama...berkiblatkan kepala agong..bagi dirinya..anak beranak..dan kawan-kawan sekeliling.. rakyat yg mengudikannya ..dibiarkan kelaparan..penganguran tetap meningkat.. ekonomi tetap merosot..ringgit tetap jatuh.. maggi mee dan telur tetap mendapat sambutan ramai..dan wakil yg dilantik tetap akan bercuti keluar negara..pergi haji dua tiga kali setahun..tetap kebal.. dengan.. undang-undang "double standards"... itulah negara ku yang "merdeka"...
BalasPadam..