Jumaat, 28 Ogos 2020

JUAL BELI DATUK






JUAL BELI

DATUK MAKIN

RANCAK

KAH KAH KAH


Surat tular Darjah Kebesaran Perak palsu, kata SUK


SURAT “pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Perak bersempena Hari Keputeraan Ke-63 Sultan Perak” yang tular di media sosial adalah palsu. 

Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat tersebut yang menggunakan nama Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri dan menafikan kandungannya. 

Sehubungan itu, Ahmad Suaidi berkata pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya siasatan lanjut dijalankan. 

“Pentadbiran ini turut menyeru agar mana-mana individu yang menerima surat berkenaan dapat tampil ke depan bagi membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Surat bertarikh 25 Ogos itu menyatakan bahawa penerima dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) Yang Amat Mulia Peringkat Pertama yang membawa gelaran Datuk. 

Surat turut menyatakan majlis penganugerahan akan diadakan pada 25 September ini di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. – Bernama, 28 Ogos, 2020.

JUAL LENDIR

LUMAYAN

TAPI JUAL

DATUK LAGI

LUMAYAN

KAH KAH KAH

DATUK DIJUAL

TIMBANG KILO

KAH KAH KAH


1 ulasan:

  1. Jual beli Datuk ..mungkin dah sampai masanye kita nengok hal ni cara +ve. Ia salah satu cara galakan utk Bumiputera meniage ..maksud PATEEK Raja meniage. Cobak lu kira satu Latok 100,000 ..kalau 5 ribu Latok dah berapa ..tu belom masuk lagi Latok Seli. Dgn ini institusi Raja dah boleh sara diri sendiri, MCM GWA ..dan ..dan Gomen tak perlu lagi peruntukan BAJET utk Raja ..betol tak?

    BalasPadam