INI MENTERI
ISLAM JUJUR
ORANG BAIK
SUKA BERAMAL
SELALU KE MEKAH
MINTA DUIT DG
JUJUR BUKAN
BANYAK
HANYA 250 JUTA
UNTUK DISEDEKAH
PADA UMAT
ISLAM
AMIN
Mahdzir Khalid minta habuan RM250 juta, kata saksi kes Rosmah
RAKAN kongsi Jepak Holdings Rayyan Radzwill Abdullah hari ini mendakwa bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid meminta habuan kerana membantu syarikat itu mendapatkan projek solar hibrid untuk sekolah di Sarawak.
Mahdzir sebelum ini menafikan perkara tersebut ketika memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan dalam kes perbicaraan rasuah Rosmah Mansor berkaitan projek itu.
Tetapi, Rayyan di mahkamah hari ini, berkata Mahdzir yang ketika itu menteri, menuntut 20% (RM250 juta) daripada nilai keseluruhan projek bernilai RM1.25 bilion itu.
Rayyan, saksi ke-16 perbicaraan, berkata Mahdzir membuat tuntutan itu selepas Kementerian Pendidikan mengeluarkan Surat Setuju Terima (SST) kepada Jepak.
Bagaimanapun, Rayyan berkata rakan kongsinya, Pengarah Urusan Jepak Saidi Abang Samsudin, merasakan jumlah itu terlalu besar dan mengurangkannya kepada RM60 juta selepas rundingan.
Jumlah itu akan dibayar dalam tempoh 60 bulan, tambahnya.
Rayyan berkata Mahdir mengikat kontrak bertulis dengan Jepak menerusi proksinya, dikenali sebagai Md Fuad Yassin.
“Mahdzir ada minta 20% jumlah projek tetapi Saidi merasakan jumlah itu terlalu tinggi. Mereka kemudiannya capai persetujuan RM60 juta, untuk dibayar sebanyak RM1 juta sebulan selama lima tahun.
“Wang itu patutnya dibayar menerusi proksi Mahdzir, Md Fuad Yassin,” kata Rayyan kepada mahkamah ketika disoal balas peguam Akberdin Abdul Kader.
Rayyan berkata beliau menyiapkan kontrak itu mengikut panduan diberikan Saidi.
Tambahnya, sepanjang pengetahuannya, Saidi bagaimanapun tidak mematuhi kontrak itu.
Katanya, beliau hanya mengetahui yang RM50,000 dibayar untuk sebuah hotel yang menempatkan perwakilan kawasan Mahdzir (Padang Terap) apabila mereka datang ke Kuala Lumpur untuk Persidangan Agung Umno.
Mahdzir adalah ahli Parlimen Padang Terap dan ketua Umno di situ. Beliau sekarang adalah pengerusi Tenaga Nasional Berhad.
Akberdin kemudiannya bertanyakan Rayyan sama ada beliau sedar yang Fuad sudah menghilangkan diri dan sedang diburu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Rayyan berkata beliau mengetahuinya daripada laporan media. – 3 Ogos, 2020
BELOT BRO
JADI KENG
SELAMATKAN DIRI
NAJIB DAH KENA
12 TAHUN
AMIN
MARI KITA
KENAKAN ROSMAH
6 TAHUN
AMIN
BAGI DIA SLIMKAN
BADAN DI KAJANG
AMIN
KAH KAH KAH
INI LAH LANGKAH KAJANG YANG DI IDAMKAN OLEH DAMAK.
BalasPadamKAJANG PAK MALAU KAJANG BERLIPAT, KAJANG saya mengkuang layu, DAGANG PAK MALAU DAGANG BERTEMPAT, DAGANG SAYA MUSAFIR LALU.
DAGANG ROSMAH, PENJARA KAJANG.