MUHYIDDIN
BERDAGANG
KAH KAH KAH
INI BERAT
KAH KAH KAH
AMAT BERAT
KAH KAH KAH
Banyak suara daripada UMNO, ia tak sesuai – Syed Hamid Albar
KUALA LUMPUR – Di sebalik pelbagai maklum balas daripada kepemimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tentang kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Muafakat Nasional (MN), seorang pemimpin parti itu tampil mempersoalkan tindakan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar berkata, parti itu tidak pasti sama ada komen-komen yang dikeluarkan beberapa pemimpin, khususnya UMNO, sesuai tatkala ia sedang dalam perancangan menyertai MN.
“Dalam suasana politik Malaysia sekarang ini, kolaborasi dan kerjasama antara Pas/UMNO berjalan dengan baik.
“Kami masih tidak pasti adakah ini sesuai dengan kerjasama PN/PBBM kerana kami mendengar banyak suara dari pemimpin UMNO.
“Ketidakpastian ini mesti diatasi sebelum PRU15,” katanya dalam akaun Twitter, hari ini.
Bekas menteri itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Nur Jazlan Mohamed yang mendakwa Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sedang ‘berdagang’ bagi mendapatkan sokongan Ahli Parlimen sebelum pembentangan bajet pada Oktober ini.
Menurut Nur Jazlan yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Muhyiddin bukan tidak ada pilihan yang lebih baik untuk menyelesaikan semua isu berkenaan tetapi sengaja mahu menempuh jalan berliku serta sukar.
Katanya, penyelesaian terbaik untuk semua kemelut politik hari ini adalah mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secepat mungkin dan selepas itu baru boleh menubuhkan kerajaan yang lebih kukuh.
“Muhyiddin patut membuka mindanya dan meneliti cadangan dari Presiden UMNO serta Pas yang meminta PRU-15 diadakan dalam masa terdekat,” kata Jazlan dalam satu kenyataan semalam.
Hari ini, Setiausaha Agung BN, Annuar Musa membidas kenyataan Nur Jazlan.
Beliau berkata, Nur Jazlan tidak perlu dengan mudah membuat kenyataan seperti itu.
Annuar turut menggesa agar semua pemimpin UMNO tidak mudah mengeluarkan kenyataan mengenai kerjasama gabungan itu dalam PN.
KAH KAH KAH
PERDANA MENTERI
JATUH TAHAP
JURU JUAL
KAH KAH KAH
INI SATU
PENGHINAAN
KAH KAH KAH
Umno yakin menang dgn sokongan pas...umno kaciwa najib tidak dibebaskan zahid pon akan kena.
BalasPadamUmno nak pru awal tapi tak berani kluar dari PN kerana bimbang muyidin ada rancangan yg boleh halang pru dan umno akan tersingkir dari jawatan dlm kerajaan PN..
Muyidin bukan bodoo mcm madeyvkena trajang dgn muyidin..