Ahad, 30 Ogos 2020

MUHYIDDIN TERUS DIBURUKKAN




PERANG MAKIN

HEBAT KUAT 

AMIN

PEMIMPIN 

GEROMBOLAN

MAKIN BERANI

SERANG 

MUHYIDDIN

AMIN

SAPA MEREKA? 

Umno ingatkan pemimpin parti jangan burukkan Muhyiddin

UMNO mengingatkan pemimpin parti itu agar tidak mengeluarkan kenyataan sewenang-wenang yang memburukkan perdana menteri dan kerjasama Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung Umno Annuar Musa mengeluarkan amaran itu ekoran kenyataan dari kalangan pemimpin parti mendakwa Muhyiddin Yassin terpaksa meraih sokongan ahli Parlimen untuk kekal berkuasa.

Kenyataan yang disebut anggota Majlis Mesyuarat Tertinggi Umno Nur Jazlan Mohamad tidak benar sama sekali, kata Annuar.

Katanya kenyataan seperti itu hanya akan mengeruhkan keadaan biarpun di peringkat pimpinan tertinggi tidak menggambarkan keadaan demikian.

“Saya harap pemimpin Umno jangan beri kenyataan sewenang-wenang, lebih-lebih lagi (kenyataan) kurang tepat

“Saya baca ada kata perdana menteri pergi Sabah untuk dapatkan sokongan rakyat atau nak ajak parti politik lain.

“Sebagai parti politik, Bersatu ada rancangan nak perkasakan parti mereka jadi tak salah dengan itu. Tapi nak tuduh perdana menteri buat perkara negatif itu tidak betul,” katanya.

Jazlan yang juga naib pengerusi Umno Johor semalam mendakwa Muhyiddin yang merupakan presiden Bersatu cuba berunding supaya partinya dan PN dapat kekal kuasa sehingga akhir penggal.

Kata Jazlan, Muhyiddin tidak perlu sibuk berunding “ke sana sini” dan sebaliknya membubarkan Parlimen untuk membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

Mengulas lanjut kenyataan itu, Annuar berkata beliau memahami sentimen akar umbi mengenai kerjasama tersebut.

Katanya keadaan yang sama juga pernah berlaku di awal kerjasama antara Umno dan PAS.

Namun tentangan itu dapat diatasi dan diselesaikan pimpinan tertinggi dan kini kedua-dua ahli Umno dan PAS selesa bersama.

“Polemik yang berlaku kita dan Bersatu saya faham seperti mana waktu kita syorkan Umno dan PAS berkerjasama, banyak kalangan wakil kita tak setuju.

“Tak semua datang dari akar umbi kadang pemimpin kena buat keputusan dan kemudian baru jelaskan lada akar umbi.

“Masa kita nak berkerjasama dengan PAS kita ambil masa bertahun. Idea yang pertama sekali digerakkan pada 2012. Dah lebih tujuh tahun dan sekarang barulah terbentuk secara rasmi,” katanya.

Muhyiddin hari ini berada di Sabah untuk hari kedua ke negeri itu, yang bakal mengadakan pilihan raya bulan depan.

Beliau dijadual bertemu pemimpin Bersatu negeri dan juga para pemimpin setempat.

Selain Nur Jazlan, beberapa pemimpin Umno dan PAS juga menggesa agar Muhyiddin mengadakan pilihan raya umum segera. – 30 Ogos 2020.


DALAM 

GEROMBOLAN

BANYAK TIM

AMIN

TIM MAKAMAH

NAK BUNUH 

MUHYIDDIN

AMIN

TIM KALAH PRU

NAK CEPAT PRU15

AMIN

TIM TAK DAPAT

PANGAT NAK

TIBAI MUHYIDDIN

AMIN

HANYA TIM 

YG DAPAT

PANGKAT 

YANG SOKONG

MUHYIDDIN

ITU PUN KJ

SENYAP BISU

KAH KAH KAH

YANG LAIN

TIBAI BAGAI 

NAK RAK

KAH KAH KAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan