MUSEE INI
BUKAN
LEEKEENG LEEGAP
AMIN
ANAK WATAN
SABAH BENCI
PENDATANG
PAKISTAN
Musa Aman cabar kesahihan pembubaran DUN Sabah, lapor media
MUSA Aman memfailkan tindakan mahkamah mencabar keputusan Yang Dipertua Negeri Sabah membubarkan Dewan Undangan Negeri yang membuka jalan kepada pilihan raya lebih awal daripada mandat yang berlaku sehingga Julai 2023, lapor media.
Bekas ketua menteri Sabah mendakwa Juhar Mahiruddin sepatutnya menerima perakuannya bahawa beliau mempunyai sokongan untuk membentuk kerajaan baharu, dan bukannya membubarkan DUN untuk pilihan raya semula.
Musa memfailkan permohonan semakan kehakiman itu bersama 32 wakil rakyat negeri yang menyokongnya, melalui peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad.
Dalam permohonan itu mereka mendakwa tindakan Juhar membubarkan DUN bertentangan dengan peruntukan undang-undang tubuh negeri.
Mereka juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah injunksi untuk menyekat daripada diadakan pilihan raya negeri.
Permohonan itu akan didengar esok, lapor The Malay Mail.
Kumpulan 33 wakil rakyat itu menamakan Juhar sebagai responden pertama, manakala Ketua Menteri sementara Mohd Shafie Apdal sebagai responden kedua. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan Sabah pula dinamakan sebagai responden ketiga dan keempat.
Juhar membubarkan DUN Sabah atas permintaan Shafie tidak sampai 24 jam selepas Musa mendakwa beliau ada majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.
Musa mendakwa 13 wakil rakyat dari Parti Warisan Sabah sudah mengalihkan sokongan dan tidak lagi bersama kerajaan yang dipimpin oleh Shafie, yang juga presiden parti mereka.
Tidak lama selepas sidang media Musa itu, Shafie mengadap Juhar dan menasihatkannya untuk membubarkan DUN.
Sebelum tindakan mahkamah ini, tiga individu memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memohon perisytiharan pelaksanaan pilihan raya semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) bertentangan dengan undang-undang, tidak sah, dan terbatal.
Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Shahrom kelmarin berkata pihaknya akan bersidang sebelum akhir minggu depan untuk membincangkan tarikh pilihan raya negeri Sabah.
Katanya, persiapan untuk mengadakan pilihan raya itu tetap dibuat biarpun ada tindakan mahkamah mempertikaikan keabsahan pembubaran DUN. – 6 Ogos, 2020.
PASAL APA
TAKUT
PILIHANRAYA
SUSAH NAK
PUTAR ATAU
TAK DAPAT
IMPOT PENGUNDI
DARI KARACHI
KERANA KOBID
AMIN
Oooh pendatang rupanya. Patut la Musa Aman dgn jambangnya sebijik mcm Uncle2 Punjab di Lahore atau yg di Sialkot tu di Pakistan
BalasPadam