MASAK
GULAI BIAWAK
SEKAWAH
TAK JADI
KAH KAH KAH
REMPAH SERAI
DAH SIAPA
KAH KAH KAH
PASAI APA
TAK JADI
KAH KAH KAH
MIC tarik diri dari Perikatan Nasional
MIC menarik balik keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) kerana Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak akan bersama dalam gabungan baharu itu, kata setiausaha agung parti M Asojan Muniandy.
MIC memaklumkan pendiriannya itu dalam sepucuk surat kepada Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Masyati Abang Ibrahim minggu ini.
“Oleh kerana Umno tidak berhasrat untuk menyertai Perikatan Nasional pada 29 Julai 2020, maka keputusan Majlis Tertinggi MIC pada 10 Julai 2020 tidak boleh digunapakai dalam penyertaan keanggotaan Perikatan Nasional,” kata Asojan, dalam surat yang turut dilihat oleh The Malaysian Insight.
Beliau juga memberitahu RoS pemimpin MIC tidak boleh dianggap menganggotai jawatankuasa penaja PN “sehingga satu keputusan baru dibuat oleh Majlis Tertinggi MIC.”
Surat itu bertarikh 24 Ogos, sehari selepas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamid yang juga pengerusi BN mengesahkan MIC adalah antara parti penaja pendaftaran PN.
Surat itu diterima oleh RoS hari ini.
Presiden MIC S Vigneswaran kelmarin berkata MIC bergabung dengan PN atas tanggapan Umno dan BN juga akan berbuat demikian. Katanya, MIC keliru dengan cara Zahid mengendalikan perkara itu dengan parti dalam BN. – 27 Ogos, 2020
GULAI
KAWAH APA
SEKARANG
KAH KAH KAH
Sakai, kau jgn kalut sangat sebab mic taknak join pn, mic ada prinsip. Prinsip mic adalah sentiasa menyokong gerombolan abang besar. Itu hak dorang laa. Apasal pulak kau nak susah hati? Biar la pengkhianat yg tubuh pn tu gelabah bewak. Oh! Lupa.. Kau pun terlibat tubuhkan pn.
BalasPadam