PERTAMA KALI
DI MALAYSIA
SAORANG
MENTERI KABINET
MINTA MAAF
INI SEJARAH
INI PELAJARAN
AMIN
BUAT SILAP
MINTA MAAF
BUKAN HEEEK
BUKAN HOOOK
AMIN
SOSOK JUJUR
BERWIBAWA
AMIN
Saifuddin mohon maaf secara terbuka berhubung isu lesen Finas
ISKANDAR PUTERI – Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah menzahirkan permohonan maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.
“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.
“Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya.
Beliau berkata selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah bincang perkara itu di Kabinet dan Kabinet putuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan.
“Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya,” katanya.
Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di sini, hari ini.
Kejujuran beliau itu disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh lebih 200 hadirin pada majlis berkenaan termasuk Youtuber atau penggiat YouTube popular Mat Dan dan Tuah Adzmi.
Kedua-dua mereka antara selebriti YouTube yang diundang sebagai panel dalam program itu yang bermula hari ini hingga esok.
SOSOK JUJUR
SAPERTI INI
ADALAH CALON
BAIK UNTUK
MEMIMPIN
NEGARA KITA
AMIN
Kah..kah...gila..sosok pelompat pencari suaka politik...apa diharap? Rumah sukan apa dia dulu si sekolah?
BalasPadamHair rabu pakai tali leher sekolah...macam Tukar Tiub...