WAT DE BEKOS
KAH KAH KAH
MANA ILANG
IBRAHIM ALI
KAH KAH KAH
Kelibat Musa Aman tidak kelihatan hingga tempoh penamaan calon berakhir
SANDAKAN – Keberadaan bekas Ketua Menteri Sabah Tuan Haji Musa Aman kekal menjadi misteri sehingga tempoh penamaan calon berakhir di Dewan Serbaguna Libaran dekat sini hari ini di mana beliau dijangka mengemukakan borang pencalonannya.
Banyak pihak yang berada di pusat penamaan calon itu, termasuk pengamal media, dilihat ingin sekali menyaksikan kehadiran Musa namun kelibat beliau tidak kelihatan sehingga Pegawai Pilihan Raya Irman Tajuddin Edy mengumumkan bahawa tempoh penamaan calon telah berakhir pada 10 pagi.
Ketibaan setiap kenderaan bercermin gelap mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengamal media dan mereka yang menunggu di pintu masuk pusat penamaan calon itu untuk melihat kalau-kalau Musa berada di dalam kenderaan tersebut namun ketiadaan kelibat beliau ternyata mengundang kekecewaan.
Panggilan telefon serta mesej oleh pihak yang rapat dengannya tidak dijawab, keberadaan beliau juga tidak diketahui malah persoalan sama ada Musa akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah masih misteri.
Tinjauan Bernama ke kediaman beliau di sini, yang terletak bersebelahan Dewan Serbaguna Libaran, mendapati ia kelihatan kosong dari luar pagar manakala pintu depan berkunci.
DON PLAY
PLAY DENGAN
BUNG MOKTAR
KAH KAH KAH
SEKALI TIBAI
SEMUA PATAH
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan