Selasa, 1 September 2020

AYAT TAK BETUL PULAK







WOT

KAH KAH KAH

WOIT

KAH KAH KAH

TERGOLEK DOG

KAH KAH KAH

AYAT TAK BETUL?

ATAU DERAM

TAK TEPAT 

KAH KAH KAH

ADA  PUTAR KE?

ADA GORENG 2

KAH KAH KAH

ADUH BERAT

MAKIN BERAT

KAH KAH  KAH


Tak perlu pertahan Khairuddin dengan kisah al-Quran, kata pensyarah


PAS tidak perlu menggunakan kisah dalam al-Quran untuk mempertahankan menteri daripada parti itu yang melanggar undang-undang, kata pensyarah ilmu hadis Muhamad Rozaimi Ramle.

Pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata PAS tidak perlu lagi berbuat demikian kepada menteri itu, Khairuddin Aman Razali jelas melakukan kesalahan.

“Sudahlah. Cukup-cukuplah nak wajarkan kesalahan menteri tidak ikut SOP untuk kuarantin. Dia pun telah dikompaun oleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

“Tidak perlu hendak kaitkan kisah dia dengan kisah hud hud di zaman Nabi Sulaiman,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau menangkis kenyataan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang mengumpamakan tindakan  menteri itu seperti kisah burung tersebut dalam surah al-Quran.

Ketua ulama PAS itu menjelaskan, tindakan itu sama seperti burung berkenaan yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang.

Dalam ucapannya di Muktamar Dewan Ulama PAS Perak itu, Hashim berkata burung hud-hud dalam surah An-Naml itu juga melanggar perintah Nabi Sulaiman.

Bagaimanapun tindakan burung hud-hud itu bagaimanapun menyebabkan seorang raja, Ratu Balkis dan rakyatnya memeluk Islam.

Mengulas perkara itu, Muhamad Rozaimi berkata ia tidak perlu dipertahankan sedemikian rupa kerana kesalahan itu sudahpun diakui.

“Jika beliau tidak salah masakan beliau dikompaun. Menteri itu telah pun bertanggungjawab memulangkan sebahagian dari gajinya,” katanya.

Dalam coretannya terdahulu, Mohamad Rozaimi mengulas mengenai kempen di media sosial yang menonjolkan Rozaimi sebagai “Menteri anugerah Tuhan”.

Ia berikutan penyebaran tulisan yang antara lain menyelar kecaman ke atas Khairuddin sebagai perbuatan “dengki kepada pencapaian menteri” dan memuji menteri itu kerana berdiam diri.

Mengulas lanjut, Rozaimi berkata kecaman itu juga tidak berasas kerana tindakan Khairuddin memohon maaf dan memulangkan gaji menunjukkan menteri itu mengakui kesalahan.

Beliau juga mengingatkan kepada Khairuddin untuk bertaubat dan kepada penyokongnya supaya tidak taksub kepada menteri itu.

“... Ingatlah ketaksuban kepada manusia membinasakan. Mohon maaflah kepada insan yang anda tuduh secara rambang tanpa bukti,” katanya lagi.

Khairuddin dikenakan kompaun RM1,000 pada 7 Ogos lalu dan sudahpun menjelaskannya.

Khairuddin pulang ke Malaysia pada 7 Julai.

Beliau juga memohon maaf dan mengumumkan akan memulangkan sebahagian gajinya sebagai tanda kekesalan, selepas kompaun tersebut diumumkan Kementerian Kesihatan.

Khairuddin pada Jumaat lalu hadir memberi keterangan bersama beberapa orang saksi di Bukit Aman bagi kesalahan tersebut.

Tindakan Khairuddin tidak menjalani perintah kuarantin wajib itu juga dipertahan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man yang berkata ia tidak menyebabkan kluster jangkitan baharu.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin minggu lalu menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan ke atas menteri tersebut.

Tindakan Khairuddin melanggar perintah kuarantin itu mencetus cemuhan dan kritikan orang ramai yang membandingkannya dengan tindakan keras dikenakan ke atas individu lain bagi kesalahan sama. – 31 Ogos, 2020.

LU JANGAN

PLAY PLAY

KAH KAH KAH

MENTERI INI

ANUGERAH TUHAN

KAH KAH KAH

LU PLAY PLAY

TAK DAPAT 

ENTOT 

 AYAM DARA

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan