RAMAI TAK FAHAM
RAMAI JADI
LOKMAN ADAM
KENAPA BERSATU
CALONKAN HAJIJI
AMIN
Walaupun dikutuk Umno, Bersatu terus promo Hajiji sebagai calon ketua menteri
Ketika sesetengah pemimpin Umno kesal dengan pengumuman Presiden Bersatu bahawa Hajiji Noor akan dilantik sebagai ketua menteri Sabah jika mereka menang, penggerak langkah Sheraton Mohamed Azmin Ali terus mempromosikan Hajiji.
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu berkata, selepas mendengar Hajiji Mohd Noor berucap, beliau mendapati ketua Bersatu Sabah itu sememangnya layak menjadi ketua menteri.
Azmin berkata demikian ketika berkempen untuk gabungan PN-BN-PBS pada pilihan raya negeri Sabah.
“Ini bukan pandangan peribadi saya saja tetapi juga Perdana Menteri Muhyiddin Yassin,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.
Selepas Muhyiddin mengumumkan cadangan agar Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah jika gabungan mereka menang, Umno melahirkan kekesalan dengan langkah itu termasuklah orang kanan Najib, Lokman Noor Adam.
“Semalam sebelum hari penamaan calon PRN Sabah, takde pula Muhiyiddin bincang soal nak pilih Hajiji sebagai Ketua Menteri.
“Bila dah lepas penamaan calon, bila BN dah tak sempat nak letak calon di semua kerusi, baru dia buat pengumuman.
“Nampak tak betapa buruknya perangai Muhiyiddin ni,” kata Lokman melalui facebook beliau.
Sehubungan dengan itu, beliau mengajak semua ahli dan penyokong Umno agar jangan memberikan walau satu undi pun kepada calon Bersatu di Sabah.
Bagi Azmin, ketika menyokong Hajiji, bekas Adun Umno yang melompat kepada Bersatu itu, rakyat memerlukan pemimpin yang dihormati untuk menjadi ketua menteri dan orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Hajiji.
Menteri perdagangan antara bangsa dan industri itu berucap di hadapan 250 hadiri di bilik gerakan PBS di Tuaran hari ini.
Hajiji yang disebut-sebut namanya oleh menteri kanan PN itu turut hadir dalam majlis itu.
Calon ketua menteri pilihan Bersatu itu mempertahankan kerusi DUN Sulaman yang berada di bawah parlimen Tuaran.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis, Azmin ketika ditanya mengenai pendirian BN bahawa masih belum ada keputusan mengenai siapa yang akan menjadi ketua menteri Sabah jika gabungan PN-BN-PBS menang PRN.
Bagaimanapun, Azmin berkata itu cuma pandangan sekutu PN tetapi PN sendiri cukup jelas mengenai calon yang bakal menggalas tugas ketua menteri itu.
“Saya fikir beliau perlu diberi peluang memimpin rakyat Sabah selepas pilihan raya, insyaAllah,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.
Ditanya jika calon jawatan itu akan menimbulkan rasa kurang senang rakan sekutu PN, Azmin menjawab:
“Seperti yang saya sebutkan, perdana menteri telah menyatakan secara terbuka bahawa pada pihak kami, PN ingin mencadangkan Hajiji sebagai calon yang sesuai.”
“Kami perlu memastikan rakyat Sabah bahawa ini masa depan untuk mereka dan negeri ini. Kami mahu calon yang kuat, berupaya memimpin Sabah dan kerajaan negeri.
“Kerana mereka perlu tahu semasa pilihan raya ini,” katanya lagi.
kah kah kah!
BalasPadammemalukan mckk
BalasPadam