KHALWAT KE 170
KHAMIS 3/9/2020
KITA MASUK KE HARI 170
BERKHALWAT
UMAT MANUSIA SEDUNIA
MASIH RISAU
MASIH RESAH
MASIH GELISAH
KOBID MASIH MENYERANG
GUA LIHAT
KLIP TENTANG KOBID DI INDIA
MAKIN TEROK
YANG MISKIN
YANG PAPA
YANG TAK BERUMAH
YANG RUMAH SEMPIT
HIDUP BERASAK ASAK
BERAT MATA MEMANDANG
BERAT LAGI
TANGAN MERABA HATI
PAGI INI HOKKIEN CERAH
MATAHARI DAH MUNCUL
KUALA LUMPUR KELAM
PETANG KELMAIN
HUJAN RIBUT PETIR
MENINGALKAN KABUS
ATAS KUALA LUMPUR
DIPINTU HOKKIEN
GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CENGKERIK
MEREKA
GUMBIRA BUMI BASAH
TWEET TWEET TWEET
ENTAH MUSIK SIAPA
GUA TAK NAMPAK MUKA
TAPI SUARA TIONG
GUA KENAL
MEREKA JUGA PAGI INI
BERLAGU RIANG
HAIRAN
TAK ADA
KUUUR KUUUR KUUUR
MANA DAH ILANG
SATU KUMPULAN PIPIT
TAK RAMAI
TERBANG DIPADANG RUMPUT
HA HA HA
DUA KEKASIH
SEDANG BEROMEN
SUSUP SASAP LARI
BILA GUA HAMPIR MEREKA
PUYUH BERGERAK BERPASANGAN
TAK PERNAH
GUA TERSEREMPAK
HANYA SAEKOR
SENTIASA DENGAN AWEK
SENTIASA DENGAN BALAK
HIDUP KITA INI
SERING SUSAH
JALAN TERBAIK
IALAH MENJADI SOSOK
BAIK HATI
WIRA BUKAN
KERANA DIA MENANG
ATAU DIA KALAH
WIRA KERANA
DIA BERANI BERJUANG
ASAH FIKRAH UNTUK
KUAT DAN KENTAL
DENGAN MENGAMPOH
JALAN YANG SUSAH
PERHATIKAN BULUH
BOLEH MELENTUR
LEBIH KUKUH
DARI BATANG DURIAN
YANG TAK BERGANJAK
CARI KEMUNGKINAN
BUKAN KESELAMATAN
LIHAT PERAHU DIPELABUHAN
SELAMAT SELESA
TAPI BONTOT HANCUR
DIMAKAN GARAM
KITA JANGAN
JADI MACAM YANG RAMAI
INI AKAN MENAFIKAN KITA
DARI MENJADI SPESIAL
IKUT YANG RAMAI
JADI MAT LOKOI
LAKUKAN SESUATU
YANG KAMU TAKUT
UNTUK MELAKUKAN
KITA GUMBIRA
BUKAN KERANA KEADAAN
KITA GUMBIRA
KERANA SIKAP KITA
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Syok jadi balam, tekukur, puyuh, pipit, taktibau, keng-keng ..chengkirek ..mereka gumbira dan bising sepanjang hari ..mereka hanya punye TOMBOLOK dan tak punye POKET. YM Haji Teuku Nan punye poket ..poketnye sentiasa TERISI RM2,OOO,OOO.OO ..ini dia sindri yg cakap ..Lu tak caya Lu tanye dia sindri ..
BalasPadam