Isnin, 7 September 2020

BERKHALWAT HARI KE 174







KHALWAT 174
 
SENIN 7/9/2020
KITA MASUK KE HARI 174
BERKHALWAT

PKPP MASIH BERJALAN
DUNIA MASIH HURU HARA
LONDON  MELBOURNE
SEDANG TENAT
INDIA  TAK SAPA TAHU
BERAPA RAMAI 
JUMLAH  TEPAT
YANG TEWAS 
YANG SAKIT

PAGI INI HOKKIEN
RANCAK DENGAN
 SIMPONI CENGKERIK
CUACA  CERAH BASAH
KUALA LUMPUR BERKABUS

PETANG KELMARIN
GUA DEKATI BUNGLO TEMPUA
BETUL
WILAYAH INI TELAH DITINGGALKAN
SEBUAH BANGLO  RUNTUH
JATUH KE  BUMI
DARI EMPAT BIJI
KINI TINGGAL DUA
INI PUN UNTUK TEMPUA JANTAN
ANGIN RIBUT
4 HARI DULU
MELANGGAR WILAYAH INI

SETIAP HARI
SETIAP MASA
SETIAP DETIK
KITA ADA PILIHAN UNTUK
MERENDAH DIRI
MENERIMA BABAK  DAN SOSOK
MANA SAJA  
DENGAN BAIA\K
AGAR  
SENGKETA TIDAK MUNCUL

APA YANG AKAN
KITA TINGGALKAN 
BUKAN NAMA KITA 
TERAKAM DIBATU NESAN
TAPI
BAGAIMANA KITA
BERSELANG SELI 
DALAM KEHIDUPAN ORANG LAIN

JIKA TETIBA KAMU
MASUK KE BILIK INI
DAN KAMU MENJADI
SOSOK YANG PALING BIJAK
MAKA KAMU
TELAH MASUK
 KE BILIK YANG SALAH

KITA JANGAN TAKUT
DENGAN SOLDADU SINGA
YANG DIPIMPIN OLEH KAMBING
TAPI
WAJIB TAKUT DENGAN
SOLDADU KAMBING
YANG DIPIMPIN OLEH SINGA

BILA SASARAN 
YANG DIRANCANG
GAGAL MUNCUL 
JANGAN UBAH SASARAN
TAPI UBAH CARA

PAGI INI
ANGGAP KITA DAH MATI
HIDUP  YANG TINGGAL INI
JALANI LAH DENGAN BAIK

JANJI KITA DENGAN HIDUP
ADALAH 
BERSETUJU BERSETIA 
DENGAN ALAM

 TAHU 
APA YANG KAMU TAHU
DAN
TAHU APA YANG KAMU
TIDAK TAHU
ITULAH PENCERAHAN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT


1 ulasan:

  1. Berkhalwat le toh lu lah...103, janda baik buat pekasam ke ape?

    BalasPadam