KHALWAT 178
JUMAAT 11/9/2020
KITA MASUK KE HARI 178
BERKHALWAT
KELMARIN DALAM
JAM 3 PETANG HUJAN TURUN
LEBAT LEBAT BERAT
KUALA LUMPUR BANJIR
PAGI INI KUALA LUMPUR
DI LIHAT KELAM
KABUS PAGI
DAN KARBON MONOKSIDA
LANGIT MENDUNG
HUJAN KELMARIN
TIDAK SEMUA GUGUR
SAKI BAKI MASIH ADA
PAGI INI HOKKIEN BISING
DENGAN SIMPONI CENGERIK
LEPAS HUJAN BUMI BASAH
MAKA CENGKERIK BERPESTA
SAYU SAYU BUNYI JANTAN
AMAT JAUH KOKOKNYA
HA HA HA
MELINTAS KENG KENG
SAMBIL TERBANG
SAMBIL BERLAGU
KUAT DAN GUMBIRA
DI AUSTRALIA DIPANGGIL
KUKABARA
DI JELEBU KENG KENG
NAMA BETUL RAJA UDANG
HA HA
BURUNG CANTIK
ADA BIRU ADA MERAH
ADA KUNING ADA HIJAU
MEMANG CANTIK
DENGAN PARUH YANG TAJAM
UNTUK MENYAMBAR
ANAK IKAN
HA HA
TETIBA TERDENGAR
AMAT KUAT
SUARA KATAK DALAM LOPAK AIR
MUSIM UJAN INI
ENTAH BILA SANG KATAK
DAH BERKUMPUL
BILA GUA HAMPIRI
SEMUA SENYAP
BILA GUA JAUH
MEREKA BERLAGU LAGI
JIKA KELUAR DARI LOPAK AIR
PASTI AKAN JADI
SARAPAN KENG KENG
TIDAK ADA SATU PEKARA
YANG TIDAK DAPAT DILAKUKAN
JIKA TIDAK DICUBA
KITA TAK DAPAT
BERJABAT TANGAN
JIKA TANGAN KITA DIGENGGAM
KITA KORBANKAN DIRI KITA
HARI INI
AGAR ANAK ANAK KITA
AKAN DAPAT ESOK
YANG LEBIH SELESA
JANGAN DENGAR
APA ORANG KATA
TENTANG ORANG ITU
DAN ORANG INI
LIHAT DAN HAKIMI
SENDIRI SEMUA ORANG
PENDAPAT DAN PANDANGAN
YANG BETUL
HASIL PENGALAMAN
PENGALAMAN INI
BANYAK MUNCUL DARI
PANDANGAN YANG SALAH
BUAT BAIK
WALAU PUN SADIKIT
TIDAK SIA SIA
LEBIH BAIK BERSENDIRIAN
DARI BERSAMA DALAM
KUMPULAN
YANG TAK TENTU HALA
KALAU KITA TAK DAPAT
BUAT PEKARA BESAR
LAKUKAN PEKARA KECIK
DENGAN CARA YANG BESAR
HALAKAN MUKA
KE ARAH MATAHARI
AGAR BAYANG KITA
TINGGAL DI BELAKANG
BUAT GAGAL
BUAT GAGAL
BUAT LAGI GAGAL LAGI
BUAT BUAT BUAT
GAGAL GAGAL GAGAL
KALI INI GAGAL TERBAIK
BELAJAR TIDAK
AKAN MELETIHKAN MINDA
AMIN
SELAMAT BERKHALWAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan