BIK MAMA
DAH JADI
MEM PULAK
KAH KAH KAH
'Mem' minta saya sediakan perjanjian, kata saksi kes rasuah Rosmah
SEORANG saksi hari ini memberitahu mahkamah Rosmah Mansor meminta beliau menyediakan perjanjian rundingan bagi projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.
Konsultan Tee Kien Moon, atau juga dikenali sebagai Lawrence Tee, 51, berkata permintaan dibuat menerusi pembantu Rosmah, Rizal Mansor.
Saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah isteri bekas perdana menteri Najib Razak itu juga berkata Rizal memberitahunya semasa mereka menghadiri mesyuarat bersama Rayyan Radzwill Abdullah, sekitar Mei 2016.
Rayyan adalah rakan kongsi Pengarah Urusan Jepak Holdings, Saidi Abang Samsuddin.
“Rizal beritahu saya perlu sediakan perjanjian rundingan untuk projek membekal dan memasang panel tenaga solar di lebih 300 buah sekolah di Sarawak.
“Saya kata peguam Jepak boleh buat. Saya juga beritahu Rizal yang saya tak pernah buat perjanjian seperti itu dan perlu minta peguam saya sediakan.
“Kemudian Rizal beritahu saya kena buat juga sebab ‘mem’ yang mahu saya buat. Saya tak bertanya siapa ‘mem’ yang dimaksudkan tetapi saya setuju dengan permintaannya kerana Rizal adalah pegawai khas Rosmah Mansor,” kata Tee.
Apabila disoal balas Rimbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn mengenai siapa ‘mem’ yang terlintas dalam fikirannya, Tee menjawab,“Datin Seri Rosmah Mansor”.
Tee berkata beliau faham perjanjian rundingan membabitkan dua pihak, iaitu satu pihak menyediakan perkhidmatan melobi bagi sesuatu projek sebagai balasan bayaran dari satu lagi pihak jika pihak kedua memenangi projek berkenaan.
Katanya lagi, beliau seorang yang sangat sibuk dan sering ke luar negara, oleh itu tidak mempunyai masa untuk menyediakan perjanjian yang diminta. Bagaimanapun, Rizal memberitahunya perjanjian tersebut boleh dibuat sebaik sahaja beliau (Tee) berada di Malaysia.
Tee memberitahu mahkamah beliau kemudian menyiapkan perjanjian empat muka surat antara syarikat Taiwan, Lucky Victory Limited, dan Jepak Holdings Sdn Bhd berdasarkan sampel yang diambil dari internet.
Kata Tee lagi, Lucky Victory dipilih kerana beliau mengenali pengarah syarikat tersebut, dan syarikat itu juga menjalankan projek berkaitan konsesi kayu balak dengan kerajaan negeri Sarawak.
Beliau memberitahu mahkamah Saidi dan rakan kongsinya Rayyan menandatangani perjanjian sekitar Oktober atau November 2016. – 7 September, 2020.
BIK MAMA
IALAH BETINA
GEDEBAB
JIKA BIK MAMA
BERSENAM
JADI GEMPA BUMI
KAH KAH KAH
MADAME IALAH
BETINA YANG
JAGA PELACUR
MAT SALEH
KAH KAH KAH
APAKAH
MEM NI
SAMA MACAM
MAMA SAN
BETINA YG JAGA
PELACUR JEPUN
TAPI GEDEBAB
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan