Khamis, 3 September 2020

CILAKAK ADA DAH BELOT





PEMIMPIN ISLAM

DITANGKAP

DISEKSA

DIMALUKAN

DITUDUH

MENCURI

 KERANA ORANG 

 KEPERCAYAAN

BELOT

AMIN 


Bekas CEO 1MDB dedah rancangan cuba lindung Najib dari siasatan

TERDAPAT konspirasi oleh mereka yang rapat dengan Najib Razak untuk mengeluarkan namanya daripada siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, orang yang rapat dengan Najib termasuk bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Hassan Ariffin memberitahunya agar mengelakkan bekas perdana menteri itu daripada siasatan.

Saksi pendakwaan itu berkata demikian apabla beliau diperiksa balas semula oleh peguam pendakwa Gopal Sri Ram.

Sri Ram bertanya Shahrol sama ada beliau diarahkan untuk memusnahkan nota untuk melindungi Najib. 

Sri Ram: Kamu ditanya (oleh peguam bela) mengenai bukti kamu dihadapan PAC. Kamu katakan kamu sudah musnahkan nota perbualan itu kerana tugas kamu untuk melindungi tertuduh?

Shahrol: Betul.

Sri Ram: Boleh saya tanya, idea untuk melindungi tertuduh, dari mana ia datang?

Shahrol: Ia datang dari semua orang, bukan sahaja (ahli perniagaan dalam pelarian) Jho Low…pegawai di Jabatan Perdana Menteri, ahli politik Barisan Nasional yang merupakan anggota PAC di Parlimen yang berinteraksi dengan saya.

“Malah dari mula, saya ingat penjawat awam di MOF (Kementerian Kewangan) menggunakan ayat “perlu selamatkan PM”.

Tambahnya, antara yang terbabit dalam rancangan itu adalah bekas pegawai Najib, Amhari Efendi Nazaruddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad Ahmad Farid Ridzuan.

Shahrol memberi keterangan dua individu berkenaan bertanggungjawab terhadap penjenamaan dan imej Najib dan melindunginya daripada serangan premis berita antarabangsa, Wall Street Journal.

Tambahnya, beliau juga bertemu dengan pengerusi PAC Hasan di kediaman Farid yang mana beliau memberitahu Shahrol untuk keluarkan nama Najib daripada siasatan.

Sri Ram: Bagaimana dengan ahli BN dalam PAC?

Shahrol: Saya bertemu dengan engerusi Hasan ketika itu. Saya tidak ingat nama semua mereka tapi sekurang-kurangnya satu atau dua orang ahli turut hadir di kediaman Farid dan objektif perbincangan adalah untuk lindungi PM.

Sri Ram: Adakah bukti kamu dalam PAC dipengaruhi oleh perkara ini?

Shahrol: Sudah tentu. Semua fakta yang menyebut Jho Low dikeluarkan dan tanggungjawab atas semua keputusan diletakkan atas bahu saya. 

Sri Ram: Jadi kamu sanggup terima kesalahan?

Shahrol: Ya. – 3 September, 2020.


PEMIMPIN ISLAM

YANG SYUMUL

DIFITNAH

AMIN

INI MESTI KERJA

LIM GUAN ENG

KAH KAH KAH

KALAU TIDAK

INI KERJA

SAMI VELOO

KAH KAH KAH

ATAU KERJA

KU LI DIA

NAK JADI  

PRESIDEN PARTI

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan