ANAK SEDARA
SAPA BERANI
CAKAP MACAM NI
AMIN
HINA KAU KAU
PEMIMPIN ISLAM
AMIN
Najib khianati negara,
kata hakim
PERBUATAN Najib Razak menyalahguna kuasanya menyeleweng RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadi mengkhianati negara, sekaligus menjadikan beliau perdana menteri Malaysia pertama yang didakwa dan disabitkan bersalah.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali berkata kes Najib adalah kes salah guna kuasa paling serius dalam sejarah Malaysia, maka hukuman yang dijatuhkan harus menjadi pengajaran.
“Atas sebab itu, saya menganggap pensabitan tertuduh atas salah guna kuasa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebagai kesalahan paling serius antara ketiga-tiga kesalahan itu memandangkan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan negara ketika kesalahan dilakukan,” kata Nazlan dalam penghakiman bertulisnya setebal 536 muka surat.
Nazlan berkata kes menjadi lebih serius apabila Najib meluluskan pinjaman RM4 bilion dari dana persaraan perkhidmatan awam Malaysia kepada SRC semasa beliau jadi perdana menteri.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai mensabitkan Najib bersalah atas semua tujuh tuduhan salah guna kedudukan, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.
Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana penyalahgunaan kuasa dan 10 tahun bagi setiap 3 tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang.
Mahkamah bagaimanapun mengarahkan hukuman penjara berjalan serentak, bermakna Najib dipenjarakan hanya 12 tahun. – 9 September, 2020.
12 TAHUN
ADIL KE?
AMIN
SAJE TANYA
KERANA 12
TAHUN NI
TAK LAMA
KAH KAH KAH
DUA BELAS KALI
MAIN MERCUN
DUA BELAS KALI
BELI KASUT RAYA
NGERENG KIRI
PUSING KANAN
DAH BEBAS
AMIN
12 tahun tu sebab hukuman dijalankan serentak. bangang punya hakim, apasal tak dijalankan hukuman penjara berasingan dan apasal tak dijatuhkan hukuman serta merta? babi!
BalasPadam