DUIT BERKEMPEN
MELOROH MASUK
Pada hari Selasa 3 November 2020 warga Amerika Sarekat akan keluar mengundi. Mengundi untuk memilih Presiden ke 46 . Ini kali ke 59 Amerika mengadakan pemilihan Presiden 4 tahun sekali semenjak 236 tahun dahulu. Pada November ini Donald Trump dari Parti Republican akan mempertahan kerusinya. Trump akan dilawan oleh Joseph Biden dari Parti Democrat.
Pemilihan Presiden Amerika ini adalah contoh terbaik untuk memahami politik undi atau electoral politics. Apa yang telah dan sedang berlaku dalam politik undi di Amerika ini juga sedang berlaku disetiap negara yang mengamalkan sistem politik undi. Tujuan mengundi untuk memilih wakil ke Parlimen untuk membuat hukum undang undang dan dasar negara.
Politik undi di Amerika adalah sama dengan politik undi di Malaysia dan di negara Dunia Ketiga. Politik undi Amerika mungkin berbeza sadikit dengan sistem politik undi di Negara Nordic – Sweden, Denmark, Norway dan Finland - atau di negara yang gunapakai sistem undi berkadar – propositional representation. Tapi secara menyeluruh Amerika adalah contoh budaya unggul politik undi.
Dalam tulisan akhir saya telah menimbulkan tentang kuasa. Politik undi dijalan untuk mendapat kuasa. Sosok yang mencalonkan diri untuk diundi berniat untuk mendapat kuasa. Melalui kuasa Si Polan yang menjadi Yang Berhormat (YB) boleh mendraft, mencadang, mengusulkan undang-undang untuk dilulus, diubah atau dibatal dalam Parlimen. Para YB juga boleh membuat dasar untuk negara.
YB yang berkumpul dan berlabon dalam Parlimen itu tugasnya ialah membuat undang-undang dan dasar negara. Diatas kertas jika kita baca - amat jelas para YB ini dilihat panglima unggul yang memilki kuasa. Kuasa yang didapati melalui jumlah undi yang lebih banyak berbanding dengan yang kalah kerana dapat undi kurang. Amin.
Tetapi Hishamuddin Rais dalam tulisan ini akan membuktikan bahawa dibelakang kuasa ini ada lagi kuasa yang betul betul-betul berkuasa.
Apakah ini bermakna di belakang Muhyiddin, Azmin Ali dan Menteri kabinet adalah lagi yang lebih berkuasa. Apakah ini juga bermakna dibelakang Trump ada lagi yang berkuasa. Apakah ini bermakna dibelakang Boris Johnson Perdana Menteri United Kingdom ada lagi yang lebih berkuasa?
Betul dan tepat. Dibelakang kuasa PM , Presiden atau Menteri atau YB ada lagi kuasa yang lebih berkuasa. Kuasa yang lebih kuat dari kuasa undi.
Penghuraian saya tentang politik undi bertujuan untuk membuktikan bahawa dibelakang kuasa Presiden, kuasa Perdana Menteri, kuasa Menteri , kuasa Senator dan YB adalah lagi ‘ makhlok’ dibelakang kuasa ini. Khalas.
Siapa makhlok ini ? Melayu ke China ? Islam atau Nasrani?
Makhlok ini bukan susah untuk kita kenali dan difahami. Makhlok ini bukan makhlok halus. Makhlok ini sama saperti kita.
Kalau makhlok ini makan petai maka kencingnya pasti berbau haring. Kalau makhlok ini banyak makan labu maka makhlok ini pasti akan kerap terkentut. Tapi awas dan waspada makhlok ini serupa dengan kita. Tetapi serupa bukan bermakna sama. Amin.
Saperti kata arwah Cik Gu Muzaffar Tate - politics is a rich man’s game – politik ini permainan orang kaya kaya. Politik undi ini adalah puncak politik orang kaya kaya.
Donald Trump sebelum menjadi Presiden ialah seorang billionaire pemilik hotel dan pemaju bangunan di New York. Ketika berkempen pada tahun 2016 , Si Trump ini telah menggunakan duit sendiri sebanyak 66 juta dolar. Tapi keseluruh kempen Trump pada tahun itu ialah 1.6 bilion dollar Amerika. Biden yang sedang menentang Trump sekarang telah mengumpul duit seramai 699 juta dollar. Kita belum terbaca jumlah dana yang telah dikumpul oleh Presiden Trump.
Dalam kempen kali pertama tahun 2008 Barack Obama telah menggunakan 730 juta dollar. John McCain lawan Obama menggunakan 333 juta dollar. Jumlah penuh kempen tahun 2008 ialah 2.4 bilion dollar. Sila perhatikan jumlah: bukan puluh puluh ratus. Bukan ratus ribu tapi ratus ratus juta. Hingga jadi berbilion dollar. Amin.
Sekali dilihat berkempen ini macam projek membakar duit. Semua duit hangus terbakar. Betul. Mak Cik Pak Cik di Malaysia tahu bila ada PRU maka duit akan ramai turun. Tambah lagi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) lagi banyak duit turun.
PRK Permatang Pauh, Kuala Kangsar, Tanjung Piai, Port Dickson atau di Slim baru baru ini terbukti dana melimpah turun. Kampit beras dan kampit gula bertukar tangan. Tetiba baju , kasut, beg sekolah anak anak dihantar depan pintu. Tanpa diminta tanpa dipesan tetiba nasi minyak sampai ke surau. Semua ini adalah sebahagian dari ciri-ciri budaya politik undi Malaysia.
Kempen PRK ini memunculkan cerita-cerita rakyat. Disurahkan bagimana Mak Cik dan Pak Cik di kampong berdoa agar YB dikawasan mereka mati. Jika Yb mati maka akan diadakan PRK. Bila PRK diadakan duit meloroh masuk.
Putar kembali ingatan kepada PRK Bukit Gantang April 2009. Bagaimana pekerja parti, pihak keselamatan, pegawai SPR dan juga pelancung politik telah melonjakkan ekonomi tempatan. Media melaporkan bagaimana mee udang Kuala Sepetang yang biasanya 12 ringgit melonjak naik menjadi 15 ringgit semangkok. Malah ombak ekonomi PRK ini melimpah hingga ke Taiping dimana hotel dan rumah tumpangan habis dilanggan. Amin.
Dari mana duit berkempen ini di cekau?
Trump , Obama, Biden memerlukan ratus juta hingga berbilon dollar untuk berkempen. Zaman air liur dan zaman air dagu sudah berlalu. Maka dari mana duit dicekau?.
Akhbar Washington Post 14 Febuari 2020 telah melaporkan semenjak 2017 Presiden Trump telah mengadakan 48 kali pertemun dan jamuan makan malam bersama elit dan gedebe parti Republican. Untuk makan bersama Presiden tiket dijual dari 50,000 dolar seorang hingga ke ratusan ribu mengikut jarak dari meja Presiden. Lagi dekat dengan Presiden lagi mahal harga kerusi.
Washington Post juga melaporkan bagaimana satu jamuan makan malam paling mahal untuk Trump telah diatur untuk 30 orang atau 15 pasang gedebe dari parti Republican. Harga satu tiket ialah 580,600 dolar. Dalam sekelip mata Jawatan Kuasa Kempen Trump telah mendapat 10 juta dollar untuk duit kempen.
Apakah ini cukup? Jawabnya pasti belum melintasi 1 bilion. Justeru dari mana lagi duit nak dicekau?
Parti Republican atau Parti Democrat tidak akan bergerak hanya dengan sokongan rakyat. Undi rakyat tidak akan masuk peti undi jika dollar tidak memainkan peranan. Ini kempen tahun 2020 bukan kempen zaman Abraham Lincoln. Bukan lagi pakai wayang pacak dan alat pembesar suara. Teknoloji media yang dijana internet memainkan pernan penting. Tv dan media cetak masih berperanan. Untuk digerakan semua ini memerlukan dolar dan dinar.
Justeru tanpa segan silu diakui bahawa dibelakang kedua dua parti politik Amerika in ada sokongan orang kaya. Mereka bukan hartawan. Mereka bukan jutawan. Mereka adalah bilionwan. Mereka ini warga 1% yang memiliki 99% harta kekayaan Amerika.
Majalah Forbes telah melaporkan kempen 2020 ini Trump tidak perlu lagi menggunakan duit sendiri. Dilaporkan 80 bilionaire telah mara ke hadapan untuk membantu Trump. Ini bermakan 9% bilionaire Amerika yang bernilai 210 bilion dollar akan menyediakan dana untuk kempen Trump.
Di belakang Parti Democrat juga ada orang kaya. Mengikut laporan Forbes , pada akhir tahun 2019 Joe Biden telah mendapat sokongan dari 60 orang billionaire Amerika.
Saya perlu memberi tahu bahawa ada satu lagi punca dana untuk Trump dan Biden. Punca dana ni bukan dari sosok orang kaya tapi dari organisasi. Organisasi ini memiliki pengaruh lebih dari 100 ekor bilionaire. Organisasi saperti the America Israel Public Affars Committee (AIPAC) , Christian United For Isreal dan American Jewish Committee.
Setiap calon Presiden akan dijemput datang ke AIPAC. Anggota AIPAC mahu mendengar dasar baru, undang undang baru, hubungan luar negara baru yang akan dibawa oleh calon baru ke Rumah Puteh. Paling penting untuk halwa telinga para ahli AIPAC ialah mendengar dasar calon Presiden tehadap Israel. Dasar terhadap Timur Tengah.
Ucapan garis politik Timur Tengah di AIPAC ini boleh memenang atau dan boleh menewaskan bakal calon ke Rumah Puteh. Inilah yang saya katakan ada kuasa lebih berkuasa dari kuasa peti undi.
Jangan lupa pada 10 May 2019 NST telah memetik berita dari AFP. Rakyat Malaysia telah diberi tahu bahawa Najib melalui 1MDB dan melalui Jho Low telah memberi sumbangan sebanyak 21.6 juta dollar untuk kempen Obama pada tahun 2012.
Kenapa dan mengapa orang kaya kaya ini menyokong Trump atau menyokong Biden. Apakah kuasa AIPAC hingga dianggap lebih berkuasa dari suara rakyat Amerika. Dan kenapa Najib mahu memberi sumbangan kepada kempen Obama. Soalan yang sama juga boleh kita tanyakan kenapa Syed Mokhtar menyokong Mahathir. Dan kenapa Lim Goh Tong menyokong Najib.
Untuk menjawab soalan ini sila tunggu minggu hadapan. Amin. (TT)
isham rais guna washington post sebagai sumber...
BalasPadamgambar jamuan tu gambar jamuan dengan presiden Brazil iaitu Jair Bolsonaro
trump tidak dalam poket sesiapa..
tak seperti usop biden.. korup.. rasuah di ukrain.. anak dia dapat dana dari china...
biden dikuasai establishment, globalist, wall street... biden ni dah nyayuk.. dementia.. kemungkinan pernah kena stroke.. hampeh Biden
orang bisnes nak untung, sapa boleh bagi untung, pelaburan masuk sana, kah kah kah mudah, bukan setakat menderma selepas itu menuai balik dengan projek konsesi, you help me, I help you lah bro, simple he hukum dunia, lu tolong wa, wa tolong lu ma, amiso kah kah kah
BalasPadamartikel kau ni contoh kumpul dana untuk kempen pilihanraya negara kafir harbi. kat malaysia lain, sini patuh syariah. kat malaysia kutip dana dalam tin milo jer, takde dana yg melimpah ruah. semuannya wasatiyah. kahkahkah
BalasPadamparti pas paling syumul, depa berdoa malaikat turun mengundi untuk parti depa. ko ingat para malaikat yg mengundi untuk parti pas tu boleh dibeli dgn wang ringgit ke? kau jgn nak bandingkan kempen di negara kafir harbi tu dgn kempen di malaysia, sini negara melayu islam laa. kahkahkah
1. Ini gua sudah lama tahu. Yang gua mahu tahu sekarang apa cadangan lu supaya kuasa rakyat terus berdaulat dan kuasa tokey2 ini semua di kurangkan kalau tak dihapuskan sama sekali?
BalasPadam2. Lu cerita sama mcm Anwar shj tak betul. Apakah Tun ini suci sgt? Apa cerita zaman PH dulu harga Perumahan tak turun malah dijaga tokey2 itu semua dimudahkan orang luar membeli sedangkan sepatunya diturunkan harga kepada harga mampu milik marhaen?
3. Kalu bukan Anwar siapa lagi lu mahu jadi PM? Takkan Tun lagi? Mat Sabu kah? Atau mana2 pemimpin Melayu Islam yang lain? Tak mungkin lu mahu LGE kan? Dia cina, mana boleh jadi PM di Malaysia ini? Shafie Apdal kah? Dia takda tokey2 yang sokong kah? Duit kempen dia semua dijamin bersih kah?