BETUL TAK ?
GUA SUDAH
BILANG
GUA UDAH RAMAL
MAT SONGEL
AKAN KACAU
AMIN
TAK MAHU
SHAFIE APDAL
BERJAYA
AMIN
Kami mahu menang PRN Sabah, kata Shafie kepada Anwar
MATLAMAT utama Warisan adalah untuk menang Pilihan Raya Negeri Sabah, kata Mohd Shafie Apdal.
“Saya beritahu Anwar (Ibrahim) yang datang ke rumah saya…saya kata, saya beri banyak kerusi (kepada PKR) dulu, tetapi mereka hanya menang dua.
“Ini bukan masa untuk kita memberikan kerusi, ini masa untuk kita memenangi pilihan raya.
“Ia bukan soal: ‘Oh, parti kami akan dipandang rendah kalau kami dapat jumlah yang lebih kecil’.
“Bukan soal maruah parti yang jadi keutamaan kita. Maruah untuk kita menang pilihan raya yang lebih penting,” katanya pada majlis pengumuman calon guna logo Warisan untuk PRN Sabah di Kota Kinabalu, hari ini.
Ketua menteri sementara Sabah itu menjelaskan sebab mengapa PKR hanya mendapat separuh daripada 14 kerusi yang dimahukan mereka pada pilihan raya kali ini.
Pada Pilihan Raya Umum 2018, PKR hanya menang dua kerusi daripada lapan kerusi yang ditandinginya.
Shafie juga mengecam PKR kerana tidak menggunakan logo Warisan, sedangkan Amanah dan DAP bersetuju menggunakannya kali ini, lapor Malaysiakini.
“DAP dan Amanah sedia. Hanya PKR tak bersedia.
“Mereka tak mahu guna logo, jumlah (kerusi) juga tak diputuskan.
“Saya beritahu mereka yang kita ada perjanjian dan ini jumlah kerusi yang kita perlu bertanding,” katanya.
Shafie berkata pembahagian kerusi diputuskan berdasarkan faktor boleh menang dan bukannya jumlah akar umbi atau ahli parti dipunyai sesebuah parti tetapi kemampuan untuk menyumbang dan menang di setiap kerusi ditandingi.
PRN Sabah akan bermula Sabtu ini dengan penamaan calon di 73 kerusi, pengundian ditetapkan pada 26 September. – 10 September, 2020.
JIKA SHAFIE
MENANG BESAR
MAKA SAHAM
AKAN NAIK
AMIN
INI SAHAM PM
NAMANYA
AMIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan