Isnin, 14 September 2020

MUHYIDDIN MAKIN TERKEPONG




MUHYIDDIN

MAKIN BERAT

DI KEPONG

AMIN

DI PAGOH 

RUMAH SENDIRI

KENA SERANG

INI PARAH

AMIN

ADA JALAN

KELUAR?

AMIN 

Bersatu tak selamat, Muhyiddin perlu formula hadapi PRU15, kata Mukhriz


KEDUDUKAN Bersatu tidak selamat walaupun membentuk kerajaan dengan Umno, PAS dan beberapa parti dari Sabah dan Sarawak, kata Mukhriz Mahathir.

Presiden Pejuang itu berkata bekas ketuanya ketika bersama Bersatu, Muhyiddin Yassin mungkin perlu mencari formula lain agar tetap relevan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Bersatu kini buntu. Mereka tidak boleh kembali ke Pakatan Harapan, dan juga hadapi masalah dalam Muafakat Nasional.”

“Reaksi dari kepimpinan atasan mungkin menunjukkan wujud beberapa hubungan politik tetapi di peringkat akar umbi, tidak ada tanda-tanda persefahaman.”

“Muhyiddin mungkin harus cari formula (sesuai) jika tidak parti itu akan gagal teruk sementara Umno dan PAS mungkin jadi pemenang.”

“Itulah sebabnya mengapa ramai anggota Bersatu kini mula bergabung dengan kami kerana mereka melihat tidak ada masa depan dengan parti itu,” kata bekas naib presiden Bersatu itu.

Menjelaskan lebih lanjut, Mukhriz berkata beberapa pemimpin Umno telah membuat kenyataan yang jelas bahawa mereka tidak akan membiarkan Bersatu mendapat tiket percuma dalam pilihan raya akan datang.

Mukhriz turut menambah bahawa bekas pembantu Najib Razak, Isham Jalil juga turut mempersoalkan kedudukan Muhyiddin di Pagoh, kerusi yang pertama kali dimenanginya pada tahun 1978.

“Sekiranya Umno tidak boleh membiarkan Bersatu bertanding di kerusi-kerusi yang mereka menangi sebelum ini, bagaimana Bersatu dapat kekalkan kerusi tersebut.”

“Umno telah katakan bahawa mereka tidak akan membiarkan Bersatu dapat tiket percuma walaupun di kerusi yang dimenangi Bersatu,” katanya.

Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini berkata bahawa parti itu tidak akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri sekiranya terdapat pilihan raya baru.

“Aturan dalam Perikatan (Nasional) sekarang tertumpu untuk menjaga kestabilan. Tetapi ketika kita menghadapi pilihan raya umum, ia adalah permainan yang berbeza dan Umno juga harus bertindak bersama,” kata penasihat Umno itu dalam wawancara dengan Channel News Asia bulan lalu.

Tengku Razaleigh menjawab soalan mengenai apakah Umno akan menyokong Muhyiddin pada PRU15.

Putera dari Kelantan itu juga mendesak ahli-ahli Umno dalam Kabinet Muhyiddin untuk meletakkan jawatan dari kedudukan mereka selepas Bersatu memutuskan untuk menerima keahlian bukan Bumiputera.

Katanya, Bersatu tidak boleh menjadi sebahagian daripada Muafakat Nasional (MN) kerana parti itu mempunyai orang bukan Melayu sebagai ahli.

Muafakat Nasional adalah kerjasama antara dua parti Melayu Islam yang terdiri daripada Umno dan PAS.

Kerjasama itu terjalin setelah kedua-dua parti itu kalah teruk dalam pilihan raya yang lalu.

Seorang lagi anggota Umno, Khaled Nordin juga mengingatkan Muhyiddin agar ikhlas jika ingin bergabung dengan Muafakat Nasional.

Bekas menteri besar Johor itu berkata bahawa Bersatu tidak boleh cari kerusi sekiranya mereka ikhlas menyertai MN.

“Jangan buat silap dengan menganggap bahawa bergabung dengan MN adalah cara untuk selamatkan kerusi, kedudukan atau parti yang berpecah,” katanya di laman Facebook.

Pada 15 Ogos lalu, Muhyiddin mengumumkan bahawa Bersatu akan bergabung dengan Muafakat Nasional.

Pengakuan itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan gabungan Perikatan Nasional yang kini memegang tampuk kuasa, namun masih belum didaftarkan.

Umno sebelum ini berkata tidak akan menyertai PN secara rasmi, parti itu lebih memilih untuk kekal bersama MN.

Kemasukan Bersatu ke MN akan menjadikan kedudukan tiga parti Melayu itu sebagai tulang belakang kerajaan.

Sekutu PN adalah pakatan pemerintah Sarawak, GPS, MCA, MIC dan beberapa parti Sabah. – 13 September, 2020.


TAPI INI

SEKARAG 

DALAM POLITK

SATU MINGGU

AMAT PANJANG

KAH KAH KAH

PRU 15 BILA?

BELUM TENTU

SEMUA BOLEH

DIATUR

AMIN

1 ulasan: