Ahad, 20 September 2020

MUSTAHIL TAK FAHAM

 


MUSTAHIL


ANAKANDA 


NURUL


TAK FAHAM


KAH KAH KAH


PAPA TAKDA


SOKONGAN


DAP AMANAH


DAH SEDAR


MEREKA 


KENA TIPU 


AMIN




Pemimpin PKR tak puas hati

 DAP terus angkat Shafie 

calon PM alternatif


Langkah DAP untuk meneruskan cadangan berhubung Presiden Warisan Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri alternatif membangkitkan semula "luka" rakannya, PKR.

Semalam Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengulang semula cadangan agar Shafie menjadi calon perdana menteri bagi PH dan sekutunya jika Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak mendapat sokongan mencukupi.

Nada respons daripada pihak dalam PKR berbeza tetapi mesejnya sama, iaitu ia menjejaskan persahabatan antara dua parti itu.

"Fokusnya pilihan raya negeri Sabah, bukannya berlumba-lumba melanggar semangat setiakawan," kata Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar di Twitter.

Ciapan itu disertakan laporan The Malaysian Insight berkenaan kenyataan Lim.

Ciapan itu mendapat maklum balas Anggota Parlimen DAP Steven Sim Chee Keong yang meminta Nurul Izzah membaca kenyataan sebenar Lim.

"Baca artikel asal, YB (Yang Berhormat). Jangan bimbang, fokus kita tetap PRN Sabah dan setiakawan," katanya, sambil melampirkan laporan Free Malaysia Today berkenaan perkara itu.

Dalam kedua-dua laporan itu, Lim dipetik berkata bahawa DAP tetap menyokong Anwar untuk mendapatkan sokongan tetapi Shafie perlu diberi peluang jika Anggota Parlimen Port Dickson itu gagal mendapatkannya.

Kenyataan Ketua Penerangan PKR Sabah Razeef Rakimi pula lebih keras, apabila mencadangkan PH yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah dibubarkan jika Lim tidak boleh setia sebagai rakan.

"Jika dia sudah tiada semangat setiakawan maka bubar saja PH," katanya.

Cadangan calon perdana menteri itu juga tidak disambut baik sesetangan pemimpin DAP termasuk Adun Bandar Baru Klang, Teng Chang Khim, yang menyifatkannya sebagai "pandangan peribadi".

"Saya tak setuju tetapi ini juga pandangan peribadi," katanya yang juga Exco Selangor.

Sejumlah pihak dalam DAP membayangkan parti itu akan sekali lagi mengangkat Shafie sebagai alternatif jika dia mendapat kemenangan besar dalam PRN Sabah.

Bagaimanapun reaksi daripada PKR mungkin memaksa DAP untuk menimbang semula hasrat itu.

Dalam PRN yang sedang berlangsung, Shafie mengetuai Warisan Plus - yang turut disertai PH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) - bagi berdepan Gerakan Rakyat Sabah, dianggotai BN, PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Ia selepas Shafie menggagalkan usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan membubarkan DUN.

Cadangan Shafie sebagai calon alternatif mula dibawa Lim dalam satu pertemuan antara DAP, Amanah, Warisan dan pihak Dr Mahathir Mohamad.

Pada mulanya ia bertujuan memecahkan kebuntuan antara Mahathir dan Anwar berhubung isu tersebut.

Bagaimanapun DAP dan Amanah tidak meneruskan cadangan itu susulan maklum balas negatif daripada PKR.

Anwar dilihat sukar mendapat sokongan daripada Malaysia Timur, terutama Sarawak, manakala Shafie dianggap mempunyai kelebihan dalam soal itu selaku pemimpin dari Sabah.


WOIT

HOK GOTU

MU TAHU

HOK GONI

MU BUAT BUAT

TAK PAHE

KAH KAH KAH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan