Isnin, 14 September 2020

PENCERAN HARI INI




PENCERAHAN

Asal Usul Beberapa 
Istilah Keagamaan Bahasa Melayu

Pengaruh Bahasa Sanskrit dalam perkembangan Bahasa Melayu adalah sangat besar dan melalui jangka masa yang sangat lama iaitu kira-kira sejak 2000 tahun dahulu Antara bukti terawal pengaruh Sanskrit dapat dilihat pada Batu Bersurat yang ditemui berhampiran ibu kota Kerajaan Champa purba, Indrapura di Dong Yen Chau, Vietnam sekarang. Batu bersurat yang tidak bertarikh ini dipercayai berasal dari abad ke-4 dan sudah mengandungi beberapa kata pinjaman Sanskrit seperti 'Naga', 'Svarga' dan 'Naraka'

Petikan dari Batu bersurat Dong Yen Chau

Siddham! Ni yang nāga punya putauv.
Ya urāng sepuy di ko, kurun ko jemā labuh nari svarggah.
Ya urāng paribhū di ko, kurun saribu thun davam di naraka, dengan tijuh kulo ko.

Terjemahan Bahasa Melayu

Sejahtera! Inilah naga suci kepunyaan Raja.
Orang yang menghormatinya, turun kepadanya permata dari syurga.
Orang yang menghinanya, akan seribu tahun diam di neraka, dengan tujuh keturunan keluarganya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan