Rabu, 23 September 2020

PERDANA MENTERI BARU

 


HARI INI 

KERAJAAN 

MUHYIDDIN OPPS..

....SILAP ...

STOK MARKET JATUH

ESOK KHAMIS

ANWAR AKAN

DIUMUM SEBAGAI

PERDANA MENTERI

 BARU

AMIN



Kerajaan Muhyiddin telah jatuh, kata Anwar

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim hari ini mendakwa mendapat sokongan yang ‘kukuh dan meyakinkan’ untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN). 

Anwar berkata beliau telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong pada Selasa, tetapi ditangguhkan berikutan Seri Paduka mendapat rawatan di Institut Jantung Negara.

“Alhamdulillah kini saya telah dapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan daripada Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan, bermakna kerajaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah jatuh,” katanya pada sidang media hari ini. 

Tanpa mendedahkan jumlah sokongan dan nama parti yang menyokong beliau, Anwar, yang juga Ketua Pembangkang berkata, sokongan yang diterima adalah daripada kalangan pemimpin Melayu dan Islam. 

Membayangkan sokongan itu sebagai jauh daripada majoriti kecil, Anwar berkata semua langkah dan perincian lanjut akan didedahkan selepas pertemuan dan menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, ditanya kemungkinan penubuhan gabungan baharu yang bakal menggantikan kerajaan PN, beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu. 

“Sudah tentu akan ada satu gabungan dengan rakan yang baharu. Melalui sokongan ini kami akan membincangkan satu bentuk muafakat dan persefahaman yang baharu.

“Kami mahukan sebuah kerajaan yang kukuh dan menolak segala bentuk ketidakadilan,” katanya pada sidang media yang dihadiri pemimpin utama PKR. 

Ditanya mengenai kemungkinan bekerjasama dengan Muhyiddin bagi pembentukan gabungan baharu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata beliau mengalu-alukan jika Muhyiddin sedia bekerjasama dan menyertainya.

 “Saya tidak mempunyai masalah peribadi dengan beliau. Kesediaan dia bekerjasama akan membantu supaya perubahan dan peralihan, aman dan teratur, seandainya beliau bersedia berkhidmat dengan apa-apa kedudukan yang sesuai,” katanya.

Menyentuh penglibatan Dr Mahathir Mohamad, Anwar berkata buat masa sekarang pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu belum menunjukkan sebarang sokongan kepadanya.

Presiden PKR itu menegaskan bahawa apa yang diumumkannya hari ini tidak ada kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung. 

“Sabah itu merupakan pilihan raya yang sedang berjalan, tidak ada kaitan sekarang dengan apa yang saya umumkan.

“Saya umumkan sebaik sahaja jumlah ada jelas, dan surat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Malah pertemuan saya dan (Wan) Azizah dengan Yang di-Pertuan Agong sudah pun ditetapkan semalam… jadi kalau ikut rencana kita, kita patut umum semalam,” katanya. – Bernama, 23 September, 2020.

JUMAAT

ANWAR AKAN 

ANGKAT SUMPAH

HARI SABTU

SAM ISKANDAR

DOLAH SANI

NIK NAZMI

AKAN TEMPAH

BAJU MELAYU HITAM

DENGAN SAMPING

SONGKET

 TERANGGANU

AHAD

RAFIZI DAN FARHASH

DIUMUM SEBAGAI

SENATOR  

 SENIN

NURUL UMUM

DASAR KASUT BARU

UNTUK MURID SEKOLAH

SELASA 

VINOD SHEKAR

 DIUMUM 

SEBAGAI MENTERI PENERANGAN 

RABU

5 PAKAR PENYAKIT

SARAF DATANG

KE BUKIT GASING

KAH KAH KAH




Tiada ulasan:

Catat Ulasan