SEKARANG BERUDU
SENANG DI KEPONG
BILA DAH BESAR
AKAN JADI KATAK
KAH KAH KAH
Kerajaan baharu Sabah berdepan huru-hara, tidak stabil
KUMPULAN parti yang kini berada di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terperangkap dalam perebutan sengit bagi perbincangan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri.
Terdapat laporan pemimpin parti keluar selepas tidak diberi jumlah kerusi diminta, dan parti berbalah untuk bertanding di kerusi yang sama.
Akhirnya, semua sekutu ini saling bertanding di 17 kerusi. Mereka menggelarkannya sebagai “perlawanan persahabatan”.
Sepanjang tempoh berkempen, nampaknya berlaku perang dingin, terutama antara Bersatu dan Umno.
Malam tadi, kerjasama tidak rasmi ini berjaya menggulingkan Warisan Plus untuk mengumpulkan jumlah kerusi mencukupi bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.
Akhirnya, GRS menang 38 kerusi sementara Pakatan Harapan (PH) Plus 32 kerusi, dengan tiga dimenangi oleh calon Bebas.
Tetapi itu bukan pengakhiran cerita. Ada satu lagi pertempuran lain - perebutan untuk jawatan ketua menteri.
Bersatu dan Umno sudah lama mengintai jawatan yang diidamkan ini, dengan Umno melancarkan peluru pertama apabila presiden dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menamakan ketua Sabah Hajiji Mohd Noor bagi jawatan tersebut.
Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membantah hal ini, dengan berkata keputusan mengenai ketua menteri itu mesti dibuat oleh wakil Barisan Nasional (BN) dan sekutu politik mereka selepas pilihan raya.
Nama Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin dicadangkan sebagai pilihan BN.
Kedua-dua pihak berkumpul dalam pertemuan berasingan selepas kemenangan mereka pada tengah malam tadi untuk merancang siapa yang akan menjadi ketua menteri seterusnya.
Hajiji memberitahu wartawan selepas itu yang ketua menteri baharu akan dinamakan lewat hari ini, dan selepas itu calon akan mengangkat sumpah di Istana Negeri.
Ketika ditanya sama ada ketua menteri daripada kalangan Adun PN atau BN, beliau berkata: “Biarkan ia menjadi misteri (buat masa ini).”
Siapa pun yang terpilih untuk jawatan itu, pasti akan berdepan kesulitan dalam menguruskan pakatan pemerintah yang tidak diikat sebarang bentuk perjanjian.
Terlalu banyak pemain dan parti yang terlibat dalam GRS, dengan masing-masing kini menyedari mereka memegang kunci yang akan membolehkan pakatan pemerintah dapat bertahan.
Lihat sahaja pada bilangan ini:
GRS terdiri daripada PN, BN dan PBS.
Daripada 38 kerusi yang dimenangi GRS, PN mendapat 17 kerusi, BN (14) dan PBS (7).
Tetapi PN sendiri adalah perkongsian antara Bersatu (11) dan Star (6).
Di bawah BN, kesemua 14 kerusi dimenangi oleh Umno.
Seperti dikatakan, terdapat terlalu banyak pemain bergabung untuk membentuk kerajaan baharu ini.
Sesiapa yang berasa terkilan akan mengundurkan diri daripada perjanjian tersebut, dan kerajaan rapuh akan jatuh.
Menariknya, ini adalah keadaan yang sama dengan pakatan kerajaan persekutuan yang juga berlaku dalam PN.
Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Md Noor tersenyum riang dengan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah yang turut disertai Perikatan Nasional malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 September, 2020.
Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Md Noor tersenyum riang dengan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah yang turut disertai Perikatan Nasional malam tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 27 September, 2020.
Walaupun begitu, masih ada harapan. Perlembagan Sabah membenarkan ketua menteri melantik sehingga enam orang Adun, yang mempunyai hak setara dengan Adun yang dipilih rakyat.
Pelantikan ini boleh mengukuhkan kedudukan blok pemerintah dalam DUN, tetapi pasti akan berlaku perebutan dalam sekutu GRS tentang siapa yang bakal dilantik.
Selain itu, ada juga tiga Adun Bebas yang GRS boleh cuba tarik memihak kepadanya.
Hajiji dilihat berjumpa dengan salah seorang daripada mereka malam tadi- Rubin Balang yang menang DUN Kemabong.
Seorang lagi Adun Bebas, Masiung Banah, yang mengekalkan kerusi Kuamut juga dipercayai mesra GRS.
Mendapatkan sokongan untuk membentuk kerajaan negeri sepatutnya tidak akan begitu sukar. Aspek tersukar adalah memastikan semua komponen dalam GRS gembira berada dalam satu blok.
Ketua menteri yang baharu juga perlu berhati-hati tentang wujudnya cubaan Warisan Plus untuk menarik Adunnya. “Katak” pernah wujud sebelum ini, dan tidak mustahil boleh berlaku lagi.
Di akhirnya kita masih berada pada takuk lama. Kerajaan negeri dengan majoriti tipis dibentuk beberapa kumpulan yang mempunyai pelbagai agenda. Acuan terbaik untuk huru hara dan ketidakstabilan. – 27 September, 2020.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan