Khamis, 17 September 2020

UMNO KENA TIBAI DI SABAH



INI BERITA

BAIK UNTUK

WARISAN

AMIN

GADUH REBUT

TIKAM

AMIN


PRN Sabah: Umno hadapi tentangan dari dalam

Umno sedang berhadapan dengan tentangan dari dalam ekoran keputusan parti itu hanya bertanding 31 kerusi sahaja dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, kata pemimpin yang menyokong Najib .

Masalah ini adalah tambahan kepada tekanan akibat dari 20 ketua bahagian Umno yang bersama Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Abdul Rahman Dahlan diketepikan terus dari menjadi calon sehingga seorang veteran Umno menjangkakan Warisan Plus akan menang dalam pilihan raya kali ini.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno,  Lokman Noor Adam (gambar atas) berkata, kerosakan yang disebabkan oleh PRN Sabah amat berat kepada Umno ketika parti itu dan Barisan Nasional sedang diharapkan kembali semula memerintah Sabah.

“Kerosakan di Sabah amat berat. Sebelum ini, saya sudah cadangkan bertanding semua 73 kerusi, tetapi mereka tak dengar cakap, bertanding hanya 31 je (menjadikan) 42 kerusi BN.

“Saya amat kecewa dan ia mengundang kemusnahan,” kata jurucakap kem Najib dalam Umno itu.

Sebelum ini, pengkaji politik dari Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali berkata, berdasarkan kajian beliau Umno dan BN sudah pulih di mata rakyat dan boleh menang kembali.

“Saya jangkakan Umno sahaja boleh menang sekurang-kurangnya 82 kerusi Parlimen jika pilihan raya diadakan sekarang,” kata Dr Mazlan kepada Malaysia Dateline.

Bagi Lokman, Umno adalah sebuah parti besar manakala BN pula dinantikan supaya kembali mengambil kerajaan negeri Sabah.

Tetapi dengan jumlah kerusi yang ditandingi sekarang, kononnya untuk memastikan pertandingan dua penjuru, Umno dan BN hanya bertanding 42 kerusi sahaja.

“Tetapi lihat, bukan setakat tidak dua penjuru bahkan lima enam bahkan berbelas penjuru,” kata Lokman.

Beliau juga berkata, Umno dan BN juga dipermainkan oleh Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin sebaik sahaja selepas penamaan calon apabila Ketua Bersatu Sabah Hajiji Noor dicadangkan untuk jadi ketua menteri.

“Masa bincang tiada isu calon ketua menteri. Lepas dah namakan calon, Muhyiddin umum Hajiji bakal ketua menteri,” kata beliau kesal kerana Umno tidak boleh lagi meletakkan calon yang lebih ramai selepas penamaan calon telah tamat.

Perkara yang sama akan berlaku dalam pilihan raya umum ke 15 nanti dan Umno akan terus dipermainkan oleh Bersatu jika senario di Sabah berulang.

“Kalau BN dengan PN berjaya bentuk kerajaan nanti, kita akan tunduk kepada Bersatu semula. Jika tidak Bersatu akan ugut kita untuk bekerjasama degan parti-parti PH, DAP ke atau Warisan untuk membentuk kerajaan,” kata Lokman.

BUDAYA INI

AKAN TERUS 

KE  PRU 15

AMIN

INI AMAT BAIK

UNTUK RAKYAT

AMIN

LAGI PECAH

UMNO LAGI

BAIK UNTUK

MALAYSIA

AMIN


Tiada ulasan:

Catat Ulasan