Isnin, 19 Oktober 2020

AL-FATIHAH PAK JAMAL

 



AL-FATIHAH
KAMI MULA BERKENALAN 
DENGAN
PAK JAMAL DI ZAMAN 
FOOD NOT BOMB
DALAM TAHUN 2005 
DI BUKIT GEREJA

BILA DAPUR JALANAN
MULA DI JALAN PANGGUNG
TAHUN 2012
PAK JAMAL PUN DATANG SAMA

SETIAP PETANG AHAD
LELAKI CERIA INI
AKAN DATANG 
KAMI BERTEGUR SAPA
SEBAGAI WARGA MISKIN KOTA
PAK JAMAL BERATUR SAMA
TIDAK GELOJOH
TIDAK MENYERBU KE HADAPAN
UNTUK MENDAPAT MAKAN DULU

PAK JAMAL
SELALU MEMBANTU KAMI

KAMI KENALI SOSOK INI
SEBAGAI JAMAL BARETA
KERANA DIA SENTIASA
ADA MEMAKAI BARETA

DUA HARI DAHULU
PAK JAMAL MENINGGAL DUNIA

KINI MAYATNYA DI HOSPITAL
 KAD PENGENALAN
BERALAMAT DI GOMBAK
INI ALAMAT LAMA
RUMAH KAWAN

DARI SIASATAN POLIS 
PAK JAMAL BERASAL
DARI MELAKA

TAPI PIHAK POLIS 
DI MELAKA MEMBERITAHU
BAHAWA TIDAK ADA
SESIAPA PUN 
MAHU MENGAKU SAUDARA

PADA KETIKA BERITA INI
DIKETIK
MAYAT PAK JAMAL
DALAM HOSPITAL
SEDANG MENJALANI
BEDAH SIASAT

JIKA DALAM MASA 
YANG DITETAPKAN 
OLEH PIHAK POLIS
TIDAK ADA
KAUM KELUARGA 
MAHU MENERIMA MAYAT
MAKA 
PIHAK POLIS AKAN
MENGHUBUNGI  KAMI
DARI DAPUR JALANAN

DAPUR JALANAN
DENGAN USAHA SAMA
YB BALAKONG
YANG JUGA AKTIVIS DAPUR
AKAN MENYELENGGARAKAN
PENGKEBUMIAN 
PAK JAMAL
DI TANAH PERKUBURAN ISLAM
BALAKONG

DAPUR JALANAN
MASIH MENUNGGU
ARAHAN POLIS 

KAMI ANGGAP SEMUA
WARGA MISKIN KOTA
ADALAH KELUARGA KAMI
AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan