Jumaat, 2 Oktober 2020

ANWAR BUAT KOMPLOT

 


ANWARA  IBRAHAIM

PEMIMPIN ISLAM

JADI PIEM 

BULAN NOVEMBER 

LEPAS APEC

KAH KAH KAH

TAPI TAK SABAR

SALAH NASEHAT

SALAH JALAN 

SEMUA LINGKUP 

SEMUA MINGKUP

AMIN

Anwar berkomplot menentang saya selepas dapat pengampunan, kata Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad mendakwa Anwar Ibrahim secara diam-diam mengumpul sokongan selepas ahli politik yang dipenjarakan itu diberi pengampunan pada 2018.

Bekas perdana menteri itu mendakwa Anwar bertemu dengan Raja-Raja Melayu dan pihak lain untuk mendapatkan sokongan bagi dirinya sendiri dan bukannya menyokong pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Selepas saya mengatur pembebasan dan pengampunannya, dia bukannya hendak bersama saya. Dia pusing jumpa semua orang. Jumpa raja-raja, jumpa orang asing. Dia tidak sokong saya, sebaliknya kritikal terhadap saya,” kata Dr Mahathir dalam temu bual dengan Malaysian Gazette semalam.

Ahli Parlimen Langkawi itu menambah, beliau memikirkan idea untuk membawa Anwar masuk menyertai Kabinetnya tetapi tidak berbuat demikian selepas apa dilakukan oleh Anwar dan prestasi mantap bekas timbalan perdana menteri Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.

“Bagaimana saya mahu membawanya masuk dalam Kabinet?

“Kalau dia nak masuk dalam Kabinet, sudah tentu saya kena buang isterinya. 

“Isterinya menjalankan tugas dengan baik (sebagai TPM). Beliau seorang yang mahir mengenai wanita. Jika saya perlu buang dia (Wan Azizah) dan bawa masuk dia (Anwar), saya perlu fikir dahulu apa manfaatnya?” kata Dr Mahathir.

Dr Mahathir menjelaskan tidak akan berpaling kepada janjinya untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar tetapi beberapa kejadian yang berlaku pada masa itu menyebabkan rancangannya tersasar.

“Saya sudah berjanji akan letak jawatan.Bila saya letak jawatan, ambillah.

“Saya berjanji selepas Apec, malah sebelum Apec saya sudah melepaskan jawatan itu,” kata Dr Mahathir.

Pemimpin berusia 95 tahun itu sebelumnya adalah presiden dan perdana menteri Umno selama 22 tahun. Anwar adalah timbalan dan menteri kewangan Dr Mahathir pada tahun 90an.

Dr Mahathir menjelaskan ada pihak dalam Umno yang menentang Anwar tetapi sungguh begitu, beliau tetap membawanya masuk.

“Semasa dia muda, dia aktif. Saya seorang sahaja yang mahu dia masuk Umno.

“Bila dia masuk Umno, banyak pemimpin Umno tolak, marah kepada saya. Tetapi saya kata, kita kita kena beri peluang kepada orang ini. Sehingga dia naik menjadi timbalan perdana menteri,” katanya.

Minggu lalu, Anwar mengaku mempunyai majoriti besar untuk mengambil alih pemerintahan daripada Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata beliau sudah bercakap dengan Yang di-Pertuan Agong melalui panggilan telefon selepada Agong dimasukkan ke Institut Jantung Negara awal minggu lalu.

Presiden Umno ketika ini, Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli partinya bebas untuk memberikan sokongan kepada Anwar, sekiranya mereka mahu.

Dr Mahathir berkata benar PN dan Perdana Menteri Muhyiddin lemah kerana gabungan kerajaan baharu hanya mempunyai majoriti dua undi.

“Tidak ada perdana menteri Malaysia yang memiliki majoriti yang tipis seperti ini. Walaupun 2-3 orang menolak Muhyiddin, kerajaannya akan jatuh,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak yakin Anwar mempunyai majoriti yang kuat.

Beliau menambah partinya Pejuang belum memberi sokongan kepada presiden PKR.

“Muhyiddin jatuh adalah satu perkara, tetapi menyokong Anwar adalah cerita lain.

“Ini (nombor dimiliki Anwar) tidak termasuk saya dan enam daripada Pejuang. Tanpa kami, beliau mendakwa mempunyai majoriti besar.

“Bukan 5, 6, 10 (ahli Parlimen) tetapi hingga 20 orang. Kami tidak tahu, itu adalah dakwaannya.

“Ketika ditanya siapa, beliau tidak mahu mendedahkannya. Saya tidak yakin tetapi kedudukan Muhyiddin lemah,” katanya.  – 1 Oktober, 2020.

SEKARANG KES

AGONG AMPON

BUKA KEMABALI

KAH KAH KAH

NILAH AKIBAT

TAK SABAR SABAR

AMIN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan